Tuesday, March 14, 2017

Dalam Hati Ada Ribut

Resah ni susah
Bikin hati gundah
Habis bubrah
Bedebah,

Macam deman tak kebah - kebah
Macam mandi tapi tak basah - basah
Macam dibiar sorang tak diambil kesah
Dibuang diikat macam sampah.

Parah parah parah

Tenang, tenang tenang

Moga semua kembali aman, nyaman tanpa gelisah




Batu Arang
15 Mac 2017

Tuesday, January 24, 2017

Binatang Konsumen

Pernah...dan acapkali,
aku tertanya - tanya dalam diri,
Apakah apa yang aku ada ini tak pernah cukup,
begitu payahnya hidup sebagai konsumer,
pantang nampak mahu
pantang nampak beli
apa semua ini tak pernah cukup.
tak puas - puas lagi atau bagamana?

Dalam sadar perlahan - lahan kita menjadi
sosok robot hamba konsumerisme,
Mata kita bundar melihat promo - promo pada kaca cahaya,
Tiada lagi aroma kertas,
Digit - digit berpindah milik,
Poket kosong, katanya atas dasar kemajuan.
Kita hilang punca,'
Perlahan - lahan hilang,
kerana kita ini sekadar binatang ternak,
dibajai dengan jualan murah,
dibaluti dengan sarung yang sebenarnya
belum tentu kita benar - benar inginkan.

Gila dunia ini,
Kapan semua ini bisa berhenti,
kerna hanya kita yang punya kuasa,
menekan butang BERHENTI.


Abjad Durja
25 Januari 2017
Dalam Kilang Senjata dan Butir - Butir Pelurunya

Sunday, January 15, 2017

Impian

Andai bisa satu masa,
aku terbang bebas tinggi,
melangkaui segala sesah, resah,
yang selama ini menyebak dada.

Bagai ada sesuatu yang menahan,
yang membuat aku rasa takut - takut,
Bagai ada bayang mengejar, mencengkam,
Atau cuma aku yang takut pada diri sendiri.

TOLONG TOLONG TOLONG
Pada siapa aku tujukan jeritan ini,
Pada siapa aku mahu minta tolong,
Akhirnya aku hanya bisa melolong dan terus melopong,
Perlahan - lahan menjadi tua,
dan perlahan - lahan juga aku lupa segalanya.

Ada perkara yang selama ini terpendam, terus diam
Tiada siapa membungkam,
Dikambus takut pada diri sendiri,
Jiwa jadi kosong, hati jadi kelam,
kesam, bimbang,
Terhenti tanpa kesan,
Yang tinggal cuma angan - angan,
dan puing - puing ketakutan.

INGAT, jangan sesekali
jangan pernah biar ia padam,
ada masa nampak kelam,
samar - samar,
jangan biar jadi hitam,
dan jangan sesekali biar ianya PADAM

--------------------------------------------------------------------


16 Januari 2017
Selesai Berak Aku Menulis
Batu Arang yang renyai dalam hujan.

Thursday, January 5, 2017

Janji Ride

Dalam panas terik hari Jumaat,
Aku sorong keluar roda dua,
Berbekal topi keledar rebel,
Aku pulas tali minyak,
Dari perlahan roda dua mendatar,
80km/j lancar tanpa halangan.

Bagi setengah orang,
Tunggang dua roda ini benda biasa,
Lagi - lagi kalau kau tinggal dikampung,
Bagi aku, ianya sesuatu yang besar dan mencabar.

Kerna apa,
Kerna aku jarang,
Kerna aku tidak punya lesen menunggang,
Apatah lagi menunggang jelajah luar sempadan. 

Jadi setiap kali aku menunggang,
pasti ada yang risau,
pasti ada yang memandang,
Kerna jarangnya aku menunggang,
Jentera yang namanya motorsikal.



Batu Arang - Jumaat 6 Januari 2017
Moga cuaca baik dan jangan hujan.

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Pagi Tahun 2017.

Selamat Pagi Tahun 2017.
Sejuk, damai dan penuh misteri.

Buat teman - teman,
Buat saudara mara,
Buat Keluarga.

Apa yang dibuat,
Teruskan
Jangan toleh,
Teruskan
Walaupun jual jagung kukus,
Teruskan.

Kalian tahu kalian siapa.

Wednesday, October 22, 2014

Tentang Si Pengalih

Pengalih tumpuan,
Sedang isu bersesak sesak,
Pengalih tumpuan,
Hadir mencelah,

Tiba - tiba,
Semua gempita,
Dek berita pengalih tumpuan
Lupa segala yang bersesak sarang,
Lupa lupa lupa lupa
dan terus lupa.

Pengalih tumpuan,
Senyum gembira
Sensitiviti..paling mudah dimanipulasi

Dan akhirnya
Seperti lazimnya
Pengalih tumpuan menang lagi
Senyum puas si pemanipulasi,
Sekali lagi dapat berlari


Abjad Durja
23 October 2014

Tuesday, October 21, 2014

Tentang Lelaki Separuh Abad - 1

Petang itu sedang Samad duduk tersadai di meja kerjanya, dia didatangi seorang lelaki separuh abad.
Samad kenal benar dengan lelaki separuh abad itu dengan reputasinya sebagai pencinta wanita lagak tidak ubah seperti lagu dendangan Irwansyah. 

Lelaki separuh abad memulakan bicara, "Eh Samad, ekau sibuk tak?"
Samad memandang dan tersenyum lalu menjawab "Ye pakcik, apa yang boleh saya tolong"

Lelaki separuh abad mula menceritakan perihal beliau mendapat "friend request" dari seorang wanita di facebook. Dengan gaya yang agak eksyen, lelaki separuh abad menunjukkan satu ayat panjang lebar diruangan "messenger" dalam Bahasa Inggeris.

"Cuba ekau baca pobondo yang minah ni nak"

Sambil tersenyum bangga beranggapan yang minah pan asian itu mahu berkawan dengannya.
Samad dengan tenang seperti kebiasaanya mengambil handphone ASUS dari tangan lelaki separuh abad itu. Samad diam, matanya tajam mengamati bait - bait ayat dari gadis pan asian itu (merujuk kepada nama dan pofile picture yang tertera.

Lelaki separuh abad menunggu dengan penuh debaran. Kacamata menjadi mainan, kejap dipakai kejap dibuka. Nafasnya turun naik seperti Django yang kepenatan.

Samad memulakan bicara. "Saya rasa benda macam scam, trick nak minta nombor akaun"
Lelaki separuh abad mencelah "Pasal apo pulak nak minta nombor akaun?"
Samad dengan panjang lebar tentang modus operandi scam - scam internet yang bermula dari kononnya ingin berkawan langsung menjadi mangsa penipuan.

Kelihatan sedikit kehampaan pada raut wajah lelaki separuh abad. Mujur Samad ada menyelamatkan keadaan dengan lagak adiwiranya, kebetulan juga Samad memakai baju Superboy kala itu maka lebih terserlah lagi imej keperwiraannya. Untuk rekod, lelaki separuh abad itu memang terkenal dengan wataknya yang gemar pada gadis - gadis genit.

Samad kembali menghadap monitor pc. Sangkanya sudah selesai tugasnya sebagai penterjemah message facebook pagi itu. Lelaki separuh abad kembali mengganggu Samad, kali ini tentang perihal "add" dan "remove" friend di Facebook.

"Ah sudah!!" getus Samad dalam benak fikirnya.
"Apa lagi mahunya orang tua ini mahu" hasut sisi hitam otak Samad.

Dengan penuh profesional palsunya melayan karenah lelaki separuh abad itu. Kali ini dengan niat sedikit jahat, Samad cuba mengkelentong lelaki separuh abad itu.

"Ye pakcik, apa kali ini yang boleh saya bantu?" Ujar Samad dengan penuh muslihat.
"Eh kalau aku dah tambah kenalan tu, orang tu bolih nampak gambar aku tak?" Tanya lelaki separuh abad dengan penuh kesungguhan.

"Boleh pakcik, siap boleh save sekali gambar tu kalau orang tu nak" balas Samad dengan penuh yakin.

Dengan raut yang agak  gelabah lelaki separuh abad mula tak keruan. Samad sedikit kehairanan, pasti ada sesuatu disebalik pemunya profil Murni Majnun Ketangga yang ditunjuk oleh lelaki separuh abad itu tadi. Barangkali skandal lama dikala muda remaja, siapa tahu kerana segalanya mungkin.

Bersambung...