Saturday, February 5, 2011

Reformasi / Revolusi

Tahun 2011 menyaksikan kebangkitan dunia Arab yang mana rakyat telah bangun untuk menentang pemerintah yang telah lama membenam kuku di dalam jiwa rakyat. Di Malaysia, bibit - bibit revolusi ini telah mula bercambah sejak zaman sebelum merdeka lagi. Tetapi gerakan -gerakan ini telah dimatikan di dalam buku - buku sejarah. Tahun 1998 menyaksikan gerakan reformasi mula bangkit apabila rakyat telah muak dengan kediktatoran Rejim Mahathir Mohamad. Dengan menjadikan agenda Ketuanan Melayu sebagai tunggangan menakut-nakutkan rakyat.

Reformasi ditafsirkan sebagai mendesak kepada pembabitan konstruktif dan permuafakatan dari segenap segmen masyarakat sekiranya agenda perubahan mahu direalisasikan. Mengambil contoh dengan apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir, segenap rakyat turun menyuarakan bantahan. Reformasi bukan sekadar pertukaran pemimpin kepada pemimpin lain, bukan peralihan kuasa dari kerajaan lama ke kerajaan baru. Reformasi adalah satu perubahan yang menyeluruh. Refomasi sebenar memerlukan perubahan struktural yang mana perubahan perlu berlaku pada perubahan dasar, perubahan sosio politik dan juga perubahan kepada ekonomi negara secara menyeluruh.

Melihat kepada perubahan yang berlaku di Malaysia adalah sekadar kosmetik. Masih diperintah dengan parti yang sama, pemimpin dari dari susur galur keluarga yang sama. 50 tahun rakyat negara ini dibodohkan dengan gerombolan jahat ini. Kita tidak boleh menunggu 50 tahun lagi untuk berubah. Perubahan perlu dilakukan dengan segera.

SALAM REVOLUSI

No comments:

Post a Comment