Tuesday, July 19, 2011

Cerku - The Rebel Part

Bercerita tentang diriku. Ya, aku memang gemar bercerita tentang diriku. Aku kadang – kadang hairan tentang diriku. Kadangkala aku “superhyper” gembira, kadangkala “superhyper” jiwa lara. Aku mengkelaskan diriku sebagai rebel. Bukan rebel seperti ikon – ikon rebel dunia. Aku rebel pada tafsiran ku sendiri. Perlu diingat, hanya diri kita yang bisa mentafsirkan diri kita (terlalu “self-centered” kah statement aku ini?). Aku gemar pada sesuatu yang bukan pada kelazimannya. Kadangkala rakan sekeliling menggelarkan ku sebagai manusia gila yang aneh.  Aku terima dengan hati yang senang. Semasa aku menulis coretan ini, aku dalam keadaan separuh sedar, bukan “stoned” atau sedang menurun, tapi dalam halusinasi interpretasiku sendiri (kan aneh bunyinya tu). Ya kerana aku memang gemar pada sesuatu yang di luar norma. Kadangkala isteriku juga merasa hairan melihat telatahku yang tidak seperti manusia biasa, malah dia pernah berkata yang membuatkan dia jatuh cinta padaku adalah kerana aku jahat dan gila (hanya dia yang bisa memberi justifikasi bagi 2 perkataan berikut). Lebih aneh sesuatu perkara itu pada aku, lagi aku gemar untuk mengkajinya. Salam REBEL. PEACE

No comments:

Post a Comment