Tuesday, March 20, 2012

Antologi Abjad Durja #7 : Rakus Raksasa Korupsi

Seragam gelap membalut tubuhmu,
Berlencana kilat kemilau buat tunjuk kuasa mu,
Bertunggang kau ke sana ke mari,
Gah sekali pasang tayang kuasa itu.

Entah apa merasuk diri,
Atau mungkin kau buta atau tuli,
Sudah diajar berkali - kali di akademi,
Ugut rasuah minta dijauhi,
Sedih sekali, bila itu yang kau cari sehari - hari.

Mahu saja aku cemeti hatimu yang mati.

Kerana kerana setitik nista, semua dibenci.
Jujur, jarang sekali jumpa kamu - kamu yang disayangi,
Rata - rata semua diumpat keji,
Semua kerana kau sendiri yang rakus mengeji diri.

Yang kaya berharta kau lindung - lindungkan,
Miskin merempat kau sepak - sepakkan,
Si jahat kau beri payung buat berlindung,
Manusia biasa kau perah minta uang kopinya.

Rakus rasuahmu mengalahkan raksasa.

No comments:

Post a Comment