Tepat kena pada muka! Memang style Dum Dum Tak (DDT). Pada aku, jika nak sampaikan mesej dengan jelas, nyata dan terang pendekatan lirik DDT wajib dicontohi. Barulah punk! Split CD ni sampai di alamat rumah mak aku. Jadi pertama kali aku dengar semua track - track yang ada dengan gunakan sistem audio bapak aku. Track pertama, "Hantu" berkumandang, bapak aku terus tanya, band ni perli orang politik ke? Maksudnya, mesej lagunya sampai, tak kira lapisan umur. Bapak aku yang umur setengah abad pun boleh layan apakan lagi anak - anak muda. Track kedua pun masih bercerita tentang orang politik yang korup. Pada aku orang politik yang korup memang bangsat. Seksis bastard! Wanita wajib dihormati. Dalam masyarakat patriarki pekat, wanita sering dipandang sebelah mata. Aku pernah menulis tentang perkara ini. Treat and respect everyone equally. Lagu Sengketa jelas sekali memerli keyboard warrior di alam siber. Depan pc bukan main berani, depan - depan terkulat - kulat sipu malu diam membisu. Aku tiada komen tentang arrangement lagu, kerana aku bukan komposer ataupun kaki komen dalam rancangan realiti. Bagi aku lagu yang bagus jika liriknya bagus dan maksudnya sampai. Jika terlalu melankolik, sumpah audiens susah nak paham.
Macam DDT, aku pernah melihat mereka beraksi live, tapi tidak Always Last. Tapi lagu - lagu mereka catchy. Seronok dan sinikal. Tertarik pada satu rangkap lirik mereka "TV always fed us bullshit news, radio's now searching for bands they can sell, I need more friends on Twitter so I can tell, how many times I eat and poop today". Nah memang ini realitinya yang aku sendiri lihat disekeliling aku. Dunia jadi lebih tranparent, tapi lebih kepada perkara yang mengarut. Mereka sedang memperbodoh diri dalam tidak sedar. Aku beli split ni direct dari Nizang Nervhous Records. Jadi kepada yang berminat nak dapatkan split ni boleh dapatkan dari Nervhous Records. Beli jangan tak beli, sebab berbaloi. Aku suka artwork split cd ni.Minimalis. Rasa macam nak framekan buat hiasan rumah. :-) Apa pun tahniah buat DDT dan Always Last kerana anda melawan arus. Bukankah punk itu melawan arus. Buat DDT, teruskan usaha kamu melawan pembodohan daulah dengan cara kamu.

No comments:
Post a Comment