Sunday, October 19, 2014

Rambang Isnin

Pernah tak korang rasa yang smartphone korang senyap - senyap ambil hidup korang?
Pernah tak korang rasa betapa palatnya lepak dengan member tapi masing - masing sibuk pegang handphone dan sibuk dengan social media kejadah. Sejak dua tiga menjak ni menyampahnya aku pada smartphone makin meluap. Tapi kalau nak diikutkan bukan salah smartphone tu walaupun sistem dah makin lembab haram jadah. Faktor utamanya adalah diri aku dan korang sendiri. Faktor kawalan diri. Teknologi tu bagus, tapi yang tak bagusnya adalah kawalan diri kita terhadap teknologi itu sendiri. Berapa ramai yang sedar sebenarnya kita manusia ni sudah hilang "personal touch"nya semenjak masing - masing sibuk dengan smartphone dan dengan segala macam social media yang ada. Berapa yang ramai yang dah lama tak tengok dalam - dalam mata pasangan korang, berapa ramai yang ada perbualan keluarga yang riang tanpa ada salah sorang dari mereka yang sibuk nak pegang handphone, berapa ramai. Jika masih ada, bersyukurlah karena kalian masih diberi nikmat "berkomunikasi" sesama manusia bukan melalui pelan hebat jalur lebar. Hubungan manusia ini bukan sekadar berkongsi lawak jenaka dan sembang kotey dalam aplikasi Whatsapp, Ianya jauh lebih besar dari itu. Memang teknologi mendekatkan kita, tapi dalam tak sedar menjauhkan kita dari sifat manusiawi itu sendiri. Aku bercakap atas kapasiti seorang yang hanyut dalam teknologi itu sendiri yang sekarang macam tersedar yang aku dah terlalu leka dengan semua tu. 

Sekarang bila aku dah start kembali ke zaman batu, aku rasa macam ada satu kepuasan. Aku boleh habiskan buku buku yang aku baca, aku ada lebih masa berkualiti dengan keluarga. Kadang - kadang aku rasa, family aku terpaksa bersaing dengan kerja aku dan kesibukan berinternet aku. Sekarang kehidupan bersosial di alam maya sudah berjaya dikurangkan ke hampir 80%, tinggal lagi nak susun waktu bekerja agar lebih fleksibel untuk aku bergembira bersama anak - anak. Anak pun sudah semakin besar, ada banyak benda dalam dunia yang aku kongsi dengan mereka dan aku sedaya mungkin tidak mahu kehidupan soasial di internet menghalang semua itu. Perrgh ayat macam orang sesal dalam ruangan kolum sadis seorang bapa di majalah hiburan keluarga tempatan. Hidup korang, korang tentukan, bukan smartphone korang yang tentukan.

   Salam Isnin dari cucu saudara Atok Senin

Note : Sebenarnya aku pernah tulis something lebih kurang macam ni dulu. Ah lantakla dah rasa nak menulis aku tulis la balik.

No comments:

Post a Comment