Sunday, October 9, 2011

Monolog sendiri

Seorang perempuan pernah berkata :

" Tugas lelaki hanya mencintai perempuan, bukan memahami perempuan"

Termenung sendirian kadangkala bila teringat frasa tersebut.
Memahami perempuan adalah thesis seumur hidup. Noktah.

Tuesday, October 4, 2011

Punya Teman Seorang Pelakon


Dalam lumba - lumba sebuah kehidupan, pasti akan ketemu sebilangan kecil teman atau manusia yang agak aneh. Pasti pernah ketemu teman yang ceritanya pasti ingin hebat dari teman lain, teman yang serba boleh (serba boleh dusta), teman yang sentiasa mahu kelihatan cool (tapi sebenarnya langsung tidak cool), mendengar cerita - cerita mereka bisa sekali membuat bibir kita basah dengan senyuman n senda tawa, walhal kita tahu sebenarnya teman kita sedang bohong sama kita. (Senyum sendiri). Walau apa pun mereka tetap teman. Mungkin itu cara mereka ekspresikan hidup mereka, sebagai teman kita sama -sama raikan, agar teman tidak terkulat - kulat sendirian dalam lakonan pentas budaya bohong mereka


Bila bohong rasa hebat,
Bila bohong rasa tampan,
Bila bohong rasa perawan suka,

Bila kantoi pura - pura tidak berkata,
Bila kantoi buat - buat tidak kenal,
Bila kantoi semua jadi tidak kena,

Bila lagi mahu berubah
Bila lagi mahu sedar,
Sudahlah...teman tahu kamu berbohong.
Letih entah buat yang buat ke berapa kali.

Nota : Teringat pada segelintir teman yang gemar sekali cakap besar yang bohong dan pura - pura hebat. Kasihan.

Monday, October 3, 2011

Tuhan Baru

Mereka merintih,
Mereka bermunajat,
Mereka meminta,
Padanya tuhan yang baru,

24 - 7 ditenungnya,
24 - 7 dibelainya,
Ketak, ketik, ketuk,
memohon sembah pada tuhan yang baru,

Tuhan baru ini bisa dikendong,
Tuhan baru ini bisa dijinjing,
Tuhan baru ini bisa dibuat teman selingkuh,

Diberinya ladang,
Diberinya gelanggang,
Buat umatnya terus tunduk padanya.

Friday, September 23, 2011

Aku Benci Polis Jahat Yang Korup!


Terbaca satu artikel berita di akhbar arus perdana yang dikongkong penguasa, bertajuk "POLIS BERI JAMINAN PERANGI JUDI". Aku tersenyum sinis mengejek. Kerana realitinya di tempat aku sendiri, di mana aku aku tinggal dan bekerja realitinya adalah berbeza sama sekali. Realitinya "POLIS BERI PERLINDUNGAN PADA JUDI". Perkara ini bukan suatu perkara yang ganjil kerna sudah menjadi aktiviti harian bagi polis - polis jahat ini mengutip ufti dari toko - toko judi di tempatku. Pernah sekali semasa aku sedang asyik mengfotokopi dokumen - dokumen pelanggan, aku didatangi pelanggan tetap ku iaitu Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju. Dia bertanya padaku, "belapa gaji lu dapat satu bulan kelija ini kedai?" Aku tersenyum lantas menjawab " Tak de banyak la uncle, cukup makan saja meh". Lantas dia mengajak aku bekerja dengannya sebagai runner nombor ekor. Aku bertanya lagi pada Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju, " Polis nanti tangkap sama saya meh uncle" . Uncle terus gelak besar. Barangkali mengejek diriku yang takutkan polis.



Uncle terus membuka cerita, dan berikut adalah perbualan kami :


Aku : Apa pasal uncle ketawa?


Uncle : Haiya kawan, apa lu takut..itu polis semua saya bayar gaji lorr.


Aku : Gaji?? Apa macam uncle?


Uncle : Lu tau ka satu hali belapa itu polis angkat wang?


Aku : (Mengangkat bahu sambil menggeleng - geleng kepala?


Uncle : Itu polis ha, dia punya makan minum, anak bini semua saya bayar,
           tiap kali itu ladioka datang arr, mesti angkat satu ratus punya. 
           (sambil merujuk tempat - tempat apek bermain *ting tong)


Aku : Itu macam ka uncle..banyak senang keja, angkat wang saja.


Uncle : Ya larr, saya bukan mau cakap la kawan, itu anjing mau wang saja,
           (agak pedih gak aku mendengarnya mengenangkan kebanyakan polis jahat 
            ini seagama denganku)
           Lu tau ka, bila tala main judi, itu polis lagi malah, apa pasat tak main ini hali?


Aku : (Hanya mampu tersenyum malu dengan gelagat polis - polis itu)






Banyak lagi cerita berkaitan polis ni. Satu perkara yang aku masih ingat bila adik aku sendiri kena "pow"
masa balik kerja malam -malam. Alasannya adik aku menghalang tugas polis padahal adik aku complete semua masa tu. RM 11.00 yang dalam dompet adik aku diambil semua. Memang bangsat dan jahanam. Atas alasan yang betul - betul tidak munasabah.

Tapi yang nyata, polis - polis jahat ini betul - betulkan menyusahkan. Mereka lebih suka memberi perlindungan pada towkey judi dan cyber cafe haram. Bila budak - budak lumba haram tiada pula polis berkeliaran menangkap mereka ( Barangkali sedang rehat di kedai tom yam minum free)

Bukan semua polis jahat, itu satu fakta. Tapi polis jahat dan tidak amanah juga ramai, ini satu fakta juga. Dengan uniform itu mereka bisa bertindak sesuka hati mereka. Teringat pada kata seorang penglipur lara pada seorang polis yang korup " Datuk mati nanti saya korek kubur datuk, saya ambil tulang datuk, saya bagi makan anjing". Begitulah bencinya rakyat pada polis jahat yang korup!


Nota kaki : *ting tong - sejenis judi menggunakan duit syiling

Monday, September 19, 2011

Kembali ke Pentas

Bukan mudah untuk meneruskan tomakninah untuk terus menulis. Terkandas buat beberapa minggu kerna untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunda dan meraikan apa yang perlu diraikan. Bukan meraikan cinta, tapi meraikan kehidupan yang penuh warna gula - gula.

Masih lagi dalam cabaran mencari diri. Meneruskan cabaran dengan sumber - sumber baru. Setiap hari satu notasi - notasi baru di kutip dari pemerhatian kehidupan. Beberapa minggu fikiran menjadi tepu kerna perayaan. Barangkali kerna belum cukup tegar.

Pentas itu sudah kembali. Menerima notasi - notasi yang bakal merentas norma. Jemari ini harus terus berlari agar notasi bisa dikongsi. Salam revolusi.


Tuesday, August 23, 2011

Notasi Tribute Buat Chentaku

Lima tahun lalu ceritannya bermula,
Zaman itu aku bergelumang sama kakangmu,
Tanpa masa "Back to the Future" aku masih bisa mengingatinya,
Masih manis dalam otak kiri dan kananku.

Waktu itu, aku lihat kamu dari tingkap teratak kayumu,
Aku senyum, kau pun senyum,
Dalam hati sudah perasan (aku yang perasan)
Emang aku gampang perasan.

Misi bermula, aku berbarter bersama kakangmu,
Lumayan aku bisa peroleh nombor bimbitmu,
Pesanan ringkas terbang bagai rama - rama,
Kadangkala bagai petir tuhan,

Persahabatan dipupuk kembali,
Aku girang sendirian,
Sekali lagi aku perasan.

Aku di selatan,
Kau di Perak pedalaman,
Aku dengan duniaku (yang kerap bermimpi menjadi rockstar)
Kau dengan duniamu teguh menempuh pelajaran,

Terima kasih pada Telco,
Cinta kami mula bersemi,
Dari suka kepada sayang,
Dari sayang kepada cinta,

Petang itu aku ingat lagi,
Sedang syok sendiri memetik gitar,
Nada standard nokia kedengaran,
SMS darimu tertera di jendela bimbitku.

Manis sekali ayatmu,
Meruntun jiwa buatku jatuh cinta,
Aku senyum...sekali lagi aku perasan sendiri.

Cintaku, cintamu, terus mekar kembang kencup,
Mekar bagai telur dadar dicampur mayonis Lady's Choice,
Gebu, enak, kenyang.
Cinta bisa buat kita kenyang.

Cinta beralih wilayah,
Dari bercinta di awangan gelombang telefon selular,
Kita menempuh cinta di wilayah tujuh,
Cinta lebih selesa kerna udah berkereta,
Satria kontot peneman setia acara temujanji kita.

Kadangkala kita perang kecil - kecilan,
Kadangkala kita perang besar - besaran.
Mujur tidak bertikaman,
Hah, sekadar bercanda mengusik kamu,

Aku masih lagi dengan caraku,
Kau masih lagi dengan santun dan lembutmu,
Tapi kau tidak pernah gentar menegur silapku,
Aku kagum.

Tahun ke lima kita mula merancang,
Merancang untuk membina keluarga dan mengabadikan cinta,
Masih segar kau suruhku kuruskan perut bundarku,
Aku dalam diam curi - curi makan maggi di malam hari..

Aku lalui hari - hariku bersamamu,
Dengan penuh girang dan riang,
Chentaku, aku akan terus menyintaimu,
Selagimana tubuhku diberi kekuatan yang Esa,

Kini kita bergelumang bersama,
Tidur bersama, makan bersama,
Gaduh bersama, cuma berak saja tidak bersama,
Lain - lainnya kita lalui bersama dengan gembira.

Dalam kehidupan barumu,
Kau bontotiku ke pekan - pekan frinjan,
Dalam kehidupan baruku,
Ku bontotimu mencari kegemaranmu.

Notasi cinta ini buat aku abadikan cintaku padamu,
Pramoedya Ananta Toer pernah berpesan
"Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis,
ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis 
adalah bekerja untuk keabadian"

Dan aku tuliskan catatan ini buat abadikan cintaku sama cintamu.

Friday, August 19, 2011

Bicara Sunyi Otak Kiri

Dalam diam ada hingar bingar,
Dalam sepi ada tersembunyi,
Dalam marah ada rasukan,


Menggigit rasa meludah jiwa,
Menongkah aturan semasa,
Dalam langkah meniti kuasa,


Heboh di sana, menempik di sini,
Anjing - anjing keparat meratah lahap...
Korban - korban jiwa,


Jangan berhenti, jangan berlari,
Teruskan menjadi diri sendiri,
Tatkala anjing babi menghampiri diri.