Showing posts with label Esei Marah. Show all posts
Showing posts with label Esei Marah. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Tamak Tak Bawa Ke Mana

Beberapa minggu ini aku membuat pemerhatian tentang sifat manusia, mengkhusus tentang sikap tamak haloba manusia. Sifat tamak ini ada disetiap lapisan masyarakat. Kadang - kadang aku rasa lucu yang teramat sangat dengan manusia - manusia tamak yang aku temui sehari - hari. Sebenarnya sifat tamak ini ada dalam setiap diri manusia, yang membezakannya adalah bagaimana kita mengawal sifat tamak yang ada dalam diri itu sendiri. 

Tamak datang dari pelbagai sudut, contohnya tamak harta, tamak ilmu, dan tamak dalam segala benda. Dunia ini cukup untuk semua orang sebenarnya dan malah berlebih - lebih jika kita tidak tamak. Perkara yang paling menjengkelkan aku adalah mereka - mereka yang tamak harta. Semacam apa yang mereka ada selama ini tak pernah cukup. Sentiasa ada kurangnya. Contoh paling senang adalah perebutan harta pusaka, masa mak bapak masih hidup, segalanya ok dan tiada masalah dan segalanya cukup. Cuba tengok lepas mak bapak ni semua dah mati, mulalah raksasa tamak dalam diri tadi mula keluar nak menjarah pusaka yang sepatutnya diberi pada yang sepatutnya menerima. Tak payah rebut - rebut, tak payah marah - marah beb, kelak nanti, lubang tujuh kaki dalam dan kain putih je yang ada. Itu pun kalau nasib ada orang uruskan, kalau dibiarkan, habis mati busuk tepi jalan. Pada aku, amanah yang utama adalah memberikan pada haknya. Maksud hak disini adalah meletakkan sesuatu yang lebih utama pada tempatnya.

Bapak aku selalu pesan, jangan terlalu berkira dalam apa jua perkara. Sebenarnya bila kita selalu berkira, maka sikit - sikit sifat tamak tu akan mula membaham diri kita. Pandang sekeliling kita, ada yang masih susah, ada yang masih bersedih sebab kurang dari segala serba serbi. Sebagai manusia, adalah satu kewajipan bagi kita untuk cuba seboleh mungkin untuk mengurangkan bebanan mereka - mereka ini, bukan semakin menindas dengan alasan yang bukan - bukan dengan kata - kata yang konon disokong agamawan. Bullshit!

Cuba kongsi sebanyak mungkin. Pasti akan lebih gembira. Ini sungguh.

Tuesday, April 17, 2012

Bendera, Orang Gila, dan PTPTN

Bulan April adalah bulan yang agak sibuk. Syukur pada kuasa diatas sana yang memberi kekuatan untuk aku terus menjalani kehidupan sebagai seorang pencetak. Dalam sibuk dengan aktiviti percetakan, ada beberapa isu yang menarik minat aku sepanjang bulan April ini. Pertama sekali isu perang bendera di kampung aku sendiri yang semakin hari membuatkan aku mual untuk memandangnya. Pada aku, perang bendera ini adalah satu strategi politik bebal. Apa faedahnya memasang bendera dan menconteng tembok? Apa kau ingat dengan berbuat demikian kau bisa menunjuk kekuatan dan meraih sokongan. Rasanya silap besar. Tangan - tangan hitam yang mengatur percaturan ini gelak besar dari belakang. Ini masalahnya bila yang berharta memperbodohkan proletar untuk kepentingan peribadi mereka. Sampai bila semua ini akan berlarutan? Selagi manusia boleh dibeli dengan duit, selagi itu perkara ini akan berterusan. 

Melihat kepada perkara ini, aku sangat - sangat yakin yang pemerintah (baca pemodal ) sangat gemar mempergunakan manusia yang mudah dimanipulasi emosinya agar mudah disendal pemikiran mereka dengan pasung - pasung dendam mereka. Bagaimana permusuhan antara dua manusia bisa menjadikan kampung porak peranda dan langsung imej damai kampung jadi musnah. Harus diingat ya wahai tangan - tangan hitam yang melakukan onar, jangan sampai kuburan kau nanti diludah generasi mendatang. Orang - orang lama sepatutnya memberi teladan pada anak muda, bukan mempergunakan mereka dalam melaksana agenda jahat mereka. 

Satu perkara lagi yang menarik minat aku sepanjang April ini adalah tentang isu PTPTN. Aku sebagai peminjam dengan jujur mengatakan yang PTPTN ini adalah satu badan bertopeng kerajaan yang menipu. Kenapa aku mengatakan sedemikian. Pertama, diawal proses, bakal peminjam tidak diterangkan secara tepat tentang kadar bunga yang bakal dibayar. Ini kenyataan. Bayangkan, bagi peminjam kategori diploma yang rata - rata adalah daripada lepasan SPM yang mana kebanyakan mereka tidak begitu mengerti tentang bagaimana proses bunga - membunga ini terjadi. Mereka - mereka ini terdesak memerlukan wang bagi melanjutkan pelajaran mereka. Perkara kedua pula tentang siapa yang cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Ini bullshit terang - terangan. Isteri aku dapat ANC langsung tak dapat apa - apa walaupun sekelumit diskaun. Orang - orang tua yang menipu anak muda buat jamin penuh kantung mereka. 

" PTPTN adalah sebuah projek penswastaan untuk mengalih beban pemerintah (kerajaan) kepada rakyat "






Friday, September 23, 2011

Aku Benci Polis Jahat Yang Korup!


Terbaca satu artikel berita di akhbar arus perdana yang dikongkong penguasa, bertajuk "POLIS BERI JAMINAN PERANGI JUDI". Aku tersenyum sinis mengejek. Kerana realitinya di tempat aku sendiri, di mana aku aku tinggal dan bekerja realitinya adalah berbeza sama sekali. Realitinya "POLIS BERI PERLINDUNGAN PADA JUDI". Perkara ini bukan suatu perkara yang ganjil kerna sudah menjadi aktiviti harian bagi polis - polis jahat ini mengutip ufti dari toko - toko judi di tempatku. Pernah sekali semasa aku sedang asyik mengfotokopi dokumen - dokumen pelanggan, aku didatangi pelanggan tetap ku iaitu Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju. Dia bertanya padaku, "belapa gaji lu dapat satu bulan kelija ini kedai?" Aku tersenyum lantas menjawab " Tak de banyak la uncle, cukup makan saja meh". Lantas dia mengajak aku bekerja dengannya sebagai runner nombor ekor. Aku bertanya lagi pada Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju, " Polis nanti tangkap sama saya meh uncle" . Uncle terus gelak besar. Barangkali mengejek diriku yang takutkan polis.



Uncle terus membuka cerita, dan berikut adalah perbualan kami :


Aku : Apa pasal uncle ketawa?


Uncle : Haiya kawan, apa lu takut..itu polis semua saya bayar gaji lorr.


Aku : Gaji?? Apa macam uncle?


Uncle : Lu tau ka satu hali belapa itu polis angkat wang?


Aku : (Mengangkat bahu sambil menggeleng - geleng kepala?


Uncle : Itu polis ha, dia punya makan minum, anak bini semua saya bayar,
           tiap kali itu ladioka datang arr, mesti angkat satu ratus punya. 
           (sambil merujuk tempat - tempat apek bermain *ting tong)


Aku : Itu macam ka uncle..banyak senang keja, angkat wang saja.


Uncle : Ya larr, saya bukan mau cakap la kawan, itu anjing mau wang saja,
           (agak pedih gak aku mendengarnya mengenangkan kebanyakan polis jahat 
            ini seagama denganku)
           Lu tau ka, bila tala main judi, itu polis lagi malah, apa pasat tak main ini hali?


Aku : (Hanya mampu tersenyum malu dengan gelagat polis - polis itu)






Banyak lagi cerita berkaitan polis ni. Satu perkara yang aku masih ingat bila adik aku sendiri kena "pow"
masa balik kerja malam -malam. Alasannya adik aku menghalang tugas polis padahal adik aku complete semua masa tu. RM 11.00 yang dalam dompet adik aku diambil semua. Memang bangsat dan jahanam. Atas alasan yang betul - betul tidak munasabah.

Tapi yang nyata, polis - polis jahat ini betul - betulkan menyusahkan. Mereka lebih suka memberi perlindungan pada towkey judi dan cyber cafe haram. Bila budak - budak lumba haram tiada pula polis berkeliaran menangkap mereka ( Barangkali sedang rehat di kedai tom yam minum free)

Bukan semua polis jahat, itu satu fakta. Tapi polis jahat dan tidak amanah juga ramai, ini satu fakta juga. Dengan uniform itu mereka bisa bertindak sesuka hati mereka. Teringat pada kata seorang penglipur lara pada seorang polis yang korup " Datuk mati nanti saya korek kubur datuk, saya ambil tulang datuk, saya bagi makan anjing". Begitulah bencinya rakyat pada polis jahat yang korup!


Nota kaki : *ting tong - sejenis judi menggunakan duit syiling

Wednesday, August 3, 2011

MANUSIA FANTASI

Perjalananku di dunia ni banyak dikelilingi macam - macam orang. Dan paling ramai aku jumpa adalah Manusia Fantasi. Manusia Fantasi definisi aku terbahagi kepada 2. Manusia Fantasi Kuat dan Manusia Fantasi Lebong.
Mari aku huraikan satu persatu spesis manusia fantasi ini. Manusia Fantasi Kuat biasanya berperwatakan bengis. Tapi sebenarnya buat - buat bengis, konon biar orang takut la tu. Manusia jenis ini biasanya gemar memandang orang lain dengan penuh tak puashati. Jiwa lara agaknya. Mereka ni jenis suka melawan kalau lawannya itu kelihatan kurang bertenaga dari dirinya. Bila jalan pun ada gaya samseng. Gaya jalan yang dibuat - buat pastinya. Dan menjadi bonus bagi manusia fantasi kuat ini apabila dapat menganggotai kumpulan - kumpulan ultra atas alasan mahu membentuk ukhwah. Ukhwah apa jadahnya kalau asyik nak pukul orang je. Inilah ciri asas manusia fantasi kuat. Kadang biar nampak lebih ganas, mereka akan pakai gelang silver. Huuu..takut anak-anak kecil bila melihatnya.
Tapi realitinya, mereka ini penakut. Frasa paling sesuai untuk mereka adalah "Bila kawan ramai keliling kita, cakap besar tunjuk belang, tapi bila sorang - sorang pengecut pemalu macam semua orang". Dan manusia fantasi kuat ni juga sentiasa ada sikap tak puashati. Pelik, tapi ini realitinya. Penat kadang-kadang tengok mereka ni. Tapi inilah kehidupan.
Manusia fantasi yang lagi satu ialah Manusia Fantasi Lebong. Sifat utamanya adalah berbohong n cakap mesti nak up. Kalau kita ada hp canggih, dia punya mesti lagi canggih. Padahal dari brand dan model yang sama, bangang. Sanggup jadi bangang sebab nk up punya pasal. Cerita - cerita dari mereka ini indah belaka. Kalau memancing, dia saja yang paling besar ikannya. Bila senggama, dia saja yang paling tahan pancutnya. Semua dia saja yang hebat. Cerita - cerita dari mereka ini memang lucu, sampai tak logik. Kalau bisa menipu dirinya nabi @ tuhan, pasti dilakukan juga.
Kedua - dua jenis manusia ini aku temui dalam kehidupan sehari - harian ku. Kadang letih tengok gelagat diorang ni. Hahahahaha.
P/s : Manusia Fantasi Kuat biasanya takut bini. Hahahahahaha.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 27, 2011

Debt = Suffer



Debt = Suffer
(Artwork by Street Inker)
Media : Sketch Pad, Pencil & Magic Color

Illustrasi ini terhasil semasa sedang memerhati keadaan sekeliling tentang manusia terseksa kerana bebanan hutang yang menjela panjang. Tamat saja pengajian mereka digari dengan hutang biaya pelajaran. Semasa belajar kononnya disogok dengan fantasi - fantasi mewah tentang indahnya kehidupan di alam pekerjaan. BULLSHIT!!

Bila bekerja, dibebani pelbagai hutang dek kerana mahu hidup dalam suasana stylo mylo. Toko - toko wang menghulur kepingan - kepingan kartu plastik buat bekalan hidup biar hidup jadi lebih indah  lebongnya. Sekali lagi TAHI LEMBU!. Kartu plastik ini bisa menjadi belati yang menyembelih leher - leher pencinta kartu plastik itu sendiri.

Jangan berbicara tentang gari - gari hutang yang lain kerna semuanya pasti menjerat pemakai - pemakai gari tersebut. Berhutang ibarat bercinta, andai betul pengurusannya bahagia, andai gagal pasti derita.