Dunia ini gila agaknya,
Di laman kampung marhaen lapar derita,
Di panggil penari kuda dibayar berjuta,
Buat jamu mata telinga gembira terkinja,
Konon buat sambut raya cina kata empunya acara.
Dunia ini gila agaknya,
Mahu dibina menara menjulang,
Tinggi nun ke atas menjolok mata,
Sedang di bawah, rumah sakit sempit,
Marhaen sesak menahan derita sakit.
Dunia ini gila agaknya,
Ditabur uang berjuta - juta,
Disurah ceramah buat bantu ibu bapa,
Bila diminta pendidikan percuma,
Pemimpin naik angin membabi buta,
Bilang jangan dibanding dengan lain negara.
Dunia ini gila agaknya,
Bila si waras cuba - cuba menduga,
Si penyangak gila tuding dan kata "Jangan main gila"
Siapa yang gila sebenarnya?
Di laman kampung marhaen lapar derita,
Di panggil penari kuda dibayar berjuta,
Buat jamu mata telinga gembira terkinja,
Konon buat sambut raya cina kata empunya acara.
Dunia ini gila agaknya,
Mahu dibina menara menjulang,
Tinggi nun ke atas menjolok mata,
Sedang di bawah, rumah sakit sempit,
Marhaen sesak menahan derita sakit.
Dunia ini gila agaknya,
Ditabur uang berjuta - juta,
Disurah ceramah buat bantu ibu bapa,
Bila diminta pendidikan percuma,
Pemimpin naik angin membabi buta,
Bilang jangan dibanding dengan lain negara.
Dunia ini gila agaknya,
Bila si waras cuba - cuba menduga,
Si penyangak gila tuding dan kata "Jangan main gila"
Siapa yang gila sebenarnya?
Bila sudah hilang daya fikir waras itulah jadinya.
ReplyDelete