Khairul Nizam Bakeri. Karyanya memamg tak pernah mengecewakan aku. Jika PECAH dulu pernah bikin aku WOW dengan jalan ceritanya, CERPEN pula mengungkap pelbagai rasa. Tapi yang pasti rasa puas pada setiap cerita yang disajikan beliau.Himpunan 16 kispen (kisah pendek, terma yang sering Khairul Nizam Bakeri gunakan) benar - benar menggaul perasaan kita sebagai pembaca. Penulis memang pandai dalam hal mengolah jalan cerita dan bermain dengan kata - kata. Sebagai contoh dalam kispen PILIH, aku benar - benar tertarik dengan gaya lengok bahasa yang digunakan. Berbunyi klasik, kena dengan jalan cerita yang disampaikan. Jika diamati, penulis sebenarnya ada meletakkan kritik sosial dalam karya - karya kispen beliau. Samada secara langsung atau tidak langsung. Secara jujur aku ingin sekali ketemu sosok yang bernama Khairul Nizam Bakeri ini. Kalau bisa mahu dapatkan tandatangan untuk karya - karya beliau yang ada dalam simpanan aku. Dalam hal bermain kata dan bahasa, HANYA SEPULUH memang bisa membuktikannya. Dengan hanya sepuluh patah perkataan, beliau berjaya menyampaikan mesejnya dengan tepat dan padat. Ini aku suka. Ringkas, tapi maksudnya sampai.HANYA SEPULUH ini adalah kuitpan dari siri HANYA SEPULUH yang selama ini beliau muatkan dalam blognya SALAH TAIP. Sebenarnya ada juga kispen di dalam bukunya kali ini pernah termuat dalam blog beliau. CERPEN sangat mengujakan bagi aku. Dek kerana terlalu asyik membaca sampai aku terbawa - bawa dalam tidur ceritanya. Teruskan berkarya Khairul Nizam Bakeri, kerana bakat dan cerita - cerita yang kamu sajikan pada pembaca kamu ada magisnya tersendiri. Nota : Menunggu PECAH untuk ditayangkan di panggung.
No comments:
Post a Comment