Buku ini adalah antara buku yang aku beli semasa Pesta Buku Selangor pada Jumaat Keliwon yang lepas. Memang niat aku pergi ke sana pun memang untuk cari buku ini dan juga buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Kedua - keduanya boleh didapati di booth Dubook Press. Buku kecil karya Ustaz Wan Ji ini cukup padat kupasannya. Aku dapat tahu tentang buku ini melalui facebook semasa tempoh kehangatan PRU 13 yang lepas. Buku ini sangat informatif. Sungguh!. Pada pendapat aku, buku ini terbit tepat pada masanya dikala musim pilihanraya yang mana ada hujah - hujah mengatakan jangan undi orang bukan Islam. Ustaz Wan Ji dalam bukunya ini menjawab persoalan berikut dengan kritis dan berfakta dalam bentuk yang cukup ringkas tetapi tepat. Buku ini terbahagi kepada 5 bab. Setiap bab diperinci dan dikupas bersandarkan nas - nas Al - Quran dan hadis. Penulis juga menggunakan sirah nabawi dan cerita - cerita para sahabat dalam membuat perbandingan situasi dengan apa yang berlaku hari ini. Buat pembaca yang mahukan penjelasan yang lebih lanjut boleh membuat cross reference berpandukan footnote yang disertakan bersama. Buku adalah antara buku wajib milik kepada mereka yang sering tertanya -tanya persoalan tentang Islam dan demokrasi. Bab yang paling menarik perhatian aku adalah bab 5 yang mana persoalan yang sering berpusing - pusing dan bersiar -siar terjawab. Jawapan berfakta beserta nas - nas yang bernas. Ini lah indahnya membaca, setiap halaman buku mempunyai magisnya tersendiri dalam memberi pencerahan pada pembacanya. Buat Ustaz Wan Ji, teruskan dakwah dan usaha murni anda dalam usaha mencerahkan pemikiran masyarakat. Lawan dengan ilmu.bukan dengan emosi membabi tuli.
" Penipuan tidak berlaku dalam sistem, tetapi penipuan berlaku pada individu yang terlibat dengan sistem" - Petikan dari Muslim Zalim vs Non Muslim Adil - Wan Ji Wan Hussin

No comments:
Post a Comment