Saturday, November 19, 2011

Ronda Malaya - Sungai Siput (Babak 2)

Aku tiba disini kira - kira jam 3 petang semalam, dan terus ke homestay yang telah disediakan. Tertera di papan tanda homestay itu "For Muslim Only". Barangkali pemilik homestay kurang berkenan pada penginap yang berlainan agama dengannya.
Pada pemerhatian aku, tiada apa yang unik di Sungai Siput ini. Suasana pembangunan disini mirip pekan Batang Berjuntai di Selangor. Proses modenisasi juga amat perlahan pada pengamatanku. Barangkali tuan diktator Samy Vellu lupa untuk menjentik pembangunan semasa beliau menjadi ahli parlimen di sini dahulu. Aku mencari - cari sesuatu yang avant-garde di Sungai Siput, tapi masih belum ketemu.
Malam aku ketemu temanku waktu di sekolah menengah dahulu. Sememangnya aku telah memberitahu awal yang aku bakal ke Sungai Siput minggu ini. Beliau udah 3 tahun berkelana di sini kerna menjadi tenaga kerja buat menyiapkan projek mega Gamuda-MMC Joint Venture iaitu landasan keretapi berkembar (ini adalah projek kurniaan daulah pada puak kapitalis pada zaman Mahathir bertahkta). Kita ketinggalan 10 tahun dalam teknologi ini. Kami berdiskusi di restoran tidak bernama sambil ditemani tikus - tikus berlari riang di lantai restoran (teringat pada cerita animasi Ratatoulie).
Dalam perlaksanaan projek kapitalis yang bertopengkan pembangunan, pasti rakyat biasa dan miskin akan ditinda. Dalam hal pembangunan landasan berkembar ini, banyak tanah - tanah rakyat telah di korbankan atas alasan pembanguna. Puak kapitalis dengan sokongan daulah menggunakan Akta Pengambilan Tanah dalam melakukan kerja rampasan tanah ini. Emang benar mereka ini diberi pampasan, tapi adakah senilai dengan apa yang telah dirampas? Hanya tuan punya tanah dan perampas tanah yang tahu.
Menurut dari cerita temanku ini, kebanyakan yang ditindas dalam hal perampasan tanah ini adalah dari golongan melayu yang tinggal dikampung. Bukan mereka sendiri iatu pemilik yang menilai tanah mereka, tapi sebuah badan penilai yang kononnya di tauliah oleh daulah. Jika murah, murahlah yang mereka terima, jika mahal, mahallah yang mereka terima. Dalam dunia ekonomi kapitalis, bukan kita yang menentukan harga milikan kita, tapi puak kapitalis yang menentukan.
Tapi ada sesuatu yang menarik dalam cerita rampasan tanah ini. Di Sungai Siput ini ada sebuah perkampungan setinggan cina yang telah lama berada disini. Mengikut perancangan awal Gamuda-MMC JV, stesen Sungai Siput akan didirikan disitu. Ini bermakna seluruh tanah dikawasan itu wajib dirampas, rumah - rumah dirobohkan, dan keluarga kehilangan tempat tinngal bagi menjayakan projek itu. Tapi, perkara unik berlaku disini, seluruh penduduk di kawasan itu bangkit menentang usaha rampasan itu dan akhirnya mereka berjaya mempertahankan hak mereka. Salute pada mereka yang berani melawan.
Jika dilihat disini, masyarakat cina lebih berani mempertahankan hak - hak mereka. Menurut cerita temanku, bani melayu(meminjam ayat Isham Rais) biasanya menerima sahaja pampasan yang diberikan. Bila tanah sudah tiada dalam pegangan, maka hebohlah menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api. Menuduh bangsa lain itu dan ini, padahal kesilapan dari diri sendiri. Rambang mata melihat nota - nota kertas ringgit di depan mata.
Dalam hal berkaitan ini, rakyat harus bersatu menentang puak kapitalis yang disokong daulah. Daulah telah mengkhianati kita dan kita tidak seharusnya terus berdiam diri. Kapitalis hari ini telah tersasar jauh.

Nota : Sedang menikmati pagi di temani ribuan bunga teratai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment