Tahun 2011 adalah tahun aku kembali berjinak - jinak semula membaca novel. Keluarga aku memang pembaca novel tegar, lagi - lagi mak aku. Berbalik pada review buku. Sebenarnya aku dah tengok buku masa di Frinjan lagi. Tapi bila ada sale Big Bad Wolf 2011, aku terus beli. RM 5 je kut masa tu. Daripada 4 novel (Kasino, Kougar, Pecah & Dendam) yang aku beli, aku simpulkan yang Pecah adalah antara yang terbaik dari ke empat - empat buku tadi. Karya @nizambakeri ini memang terbaik. Aku boleh duduk dari pukul 6 petang hingga pukul 6 pagi esoknya menghabiskan sesi pembacaanku. Pada yang belum baca, buku ini bisa bikin kamu melekat. Aku contoh testimoni yang masih hidup. Dari segi penyusunan plot cerita memang menarik, flashback dan keadaan semasa diolah secara kreatif. Daripada berita terbaru yang aku dengar, Pecah bakal difilemkan, atau sudah dalam proses penggambaran pada masa ini,aku kurang pasti, tapi apa pun tahniah sekali lagi buat @nizambakeri. Semasa membaca aku dapat rasakan yang aku berada di dalam situasi itu kerana walaupun novel ini bergenre fiksyen tapi segala lokasi yang digunakan dan digambarkan dalam novel ini adalah lokasi sebenar. Bila aku baca novel ini aku teringat pada Ocean's Trilogy (Cerita dunia conmen). @nizambakeri juga adalah pemilik blog http://salahtaip.blogspot.com/ . Penulisannya menarik dan ada ruang besar untuk pergi lebih jauh. Aku beri 5 bintang untuk Pecah. Terima kasih pada @nizambakeri kerana membikin karya yang bisa buat aku membaca tidak henti - henti. Karya kau ada magisnya tersendiri.

Yup. PECAH is the best.
ReplyDelete