Showing posts with label Really Really Free Market. Show all posts
Showing posts with label Really Really Free Market. Show all posts
Wednesday, November 6, 2013
Monday, March 11, 2013
Gratis
Percuma, percuma, percuma,
Kalau bisa, mahu saja ku beri percuma,
Bukan barter bukan beli,
Percuma, percuma, percuma,
Benar, semuanya percuma.
Ijok Really Really Free Market
Bagi tahun 2013, ianya akan menjelma,
Sedikit berbeda, tapi masih lagi percuma.
Percuma itu bahagia.
Kalau bisa, mahu saja ku beri percuma,
Bukan barter bukan beli,
Percuma, percuma, percuma,
Benar, semuanya percuma.
Ijok Really Really Free Market
Bagi tahun 2013, ianya akan menjelma,
Sedikit berbeda, tapi masih lagi percuma.
Percuma itu bahagia.
Thursday, April 5, 2012
Ijok Really - Really Free Market Edisi 3
Kami hadir kembali dalam misi memberi barangan, makanan, persahabatan dan keriangan secara PERCUMA!
Tempat : Berhadapan kedai D'Mata Advertising, Ijok,
Batang Berjuntai.
Masa : 8.00 pagi hingga selasai
Minggu mengumpul barangan sudah bermula,
berkemas sambil memberi kegembiraan pada orang lain.
Segalanya percuma, segalanya mungkin!
Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :
017 - 257 3682
bahar.nordin85@gmail.com
Sunday, March 25, 2012
Laporan : Ijok - Really - Really Free Market Edisi ke 2
Ijok Really Really Free Market edisi ke 2 telah berlangsung dengan jaya dan gembiranya. Jika sebelum ini, RRFM dibuat di Padang Belia, kali ini RRFM diadakan di depan kedai D'Mata Advertising. Terima kasih kepada Abang Roslan of D'Mata dan anak - anak buahnya yang memberi sokongan. Terima kasih kepada Kamal of D'Mata untuk banner RRFM kali ini. Terima kasih untuk semua. Terima kasih kepada individu - individu yang menyumbangkan barangan dan tenaga dalam menjayakan acara ini. Tidak perlu untuk aku mengulas panjang kerna gambar - gambar ini bisa bercerita sendiri. Segalanya mungkin.
![]() |
| Orang pertama yang hadir, seorang tenaga kerja Indonesia |
![]() |
| Ijok Really Free Market Edisi ke 2 |
![]() |
| Penyokong tegar RRFM - Abang Lan Taram |
![]() |
| Dua beradik yang datang memberi sokongan |
![]() |
| Membelek memilih mana - mana yang sesuai. |
![]() |
| Barangan dari Kuantan - Kredit buat Azreta |
![]() |
| The Legendary Wak Bambang juga hadir |
![]() |
| Ini gadis peminat warna coklat |
![]() |
| Adik Mir memilih barangan dari Kuantan |
![]() |
| Ekonomi percuma buat semua |
![]() |
| Hampir - hampir meja ini di bawa sekali. |
![]() |
| Girl Power! |
![]() |
| Monitor CRT itu milik pakcik berbaju coklat |
![]() |
| The Legendary Terror Crew busking bersama Ijok RRFM edisi 2 |
Tuesday, February 21, 2012
Perancangan Ijok Really - Really Free Market Kali Ke - 2
Ijok Really Really Free Market akan kembali lagi. Perancagan sedang dibuat untuk RRFM yang kedua. Kami akan bekerjasama dengan Projek Distro dan Terror Crew untuk menjayakan RRFM untuk kali yang kedua ini.
Tarikh dicadangkan : Ahad Terakhir setiap bulan.
Tempat : Kaki Lima Kedai Moredream dan D'Mata Advertising
Kami menjemput kepada mereka yang berminat untuk menyertai acara gembira ini. Bukankah memberi itu satu kepuasan. Mari kita alami dan rasakan bersama -sama. Kumpulkan barang - barang anda. Ayuh kita bergembira dengan memberi.
Soalan lazim tentang Really - Really Free Market :
Apa itu Really – Really Free Market?
Ianya seperti bazar jualan komuniti kecuali yang ini segalanya adalah percuma. Ya betul! PERCUMA! Semua dijemput datang, bawalah sekali apa jua pun untuk diberikan pada yang lain.
Ini samalah seperti konsep barter atau pertukaran barang bukan?
Bukan, barter dan bertukar barang adalah seperti begini; saya punya t-shirt yang bagus, apa yang awak ada untuk ditukarkan? RRFM pula adalah seperti begini; saya punya tshirt yang bagus ni. Saya tidak memakainya lagi, rugi kalau terbiar begitu sahaja. Kalau awak mahukannya, nah! Ambil sajalah.
Kenapa pula saya mahukan melakukan sesuatu seperti itu?
Kerana anda sudah mempunyai terlalu banyak barang! Kerana anda akan akhirnya membuangkannya juga kelak. Kerana memberi boleh jadi satu kepuasan. Adakah anda mempunyai pelbagai barang yang menyemakkan rumah anda? Barangkali ada beberapa barang yang anda tidak memerlukannya lagi, tapi anda sedar akan ada sesiapa diluar sana yang mahukannya. Sesuatu yang dianggap sampah buat seseorang itu boleh bertukar jadi barang bernilai buat seseorang yang lain!
Apa yang perlu saya bawa?
Bawalah apa jua “barang anda” ke RRFM. Barang, makanan atau minuman, tawaran perkhidmatan,kemahiran yang anda miliki dan mengajarnya pada orang lain. Membuat pertunjukkan atau sebarang yang lain.!
Bagaimana jika saya tidak mempunyai apa – apa untuk diberikan?
Semua orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. RRFM bukan hanya untuk memberi barang. Apa pekerjaan yang anda lakukan? Apa kata datang saja ke RRFM dan fikirkan cara bagaimana menawarkannya pada orang lain, kecuali kali ini lakukannya secara percuma. Untuk sekadar suka – suka. Ianya satu hadiah pada orang lain, Hadiah kepada diri anda juga. Ia adalah satu jalan untuk meletakkan kembali pengertian dalam pekerjaan anda, untuk diberikan sebagai hadiah, tanpa perantara kewangan.
Siapakah yang mengendalikan RRFM?
RRFM boleh digambarkan terdiri daripada sejumlah hadirin yang menyertainya. Pemberian yang anda bawa ke acara ini, membantu melangsung acara tersebut buat yang lain begitulah dengan apa yang orang lain bawa ke acara melangsung acara ini untuk anda. Buat masa ini Cuma beberapa antara kami yang menggerak struktur bagi RRFM berjalan. Namun, adalah menjadi harapan kami kelak peranan kami di dalam RRFM akan sama seiring dengan yang lainnya. Yakni, setiap dari kita yang akan menentukan tahap pembabitan diri kita sendiri.
RRFM adalah milik anda!
Ambillah kesempatan ini. Teruskannya seperti apa yang anda inginkan! Jika anda mahu melihat sesuatu berlaku di RRFM tetapi tidak pernah menyaksikannya menjadi, maka pastikanlah ia berlaku! Jika anda mahu melihat ramai orang hadir ke RRFM, silalah bantu lakukan sebaran tentangnya! Hantar email kepada kawan – kawan anda, buat dan sebarkan risalah (buat sendiri atau muat turun dari laman sesawang), atau beritahu secara semuka tentang RRFM kepada orang lain
Monday, February 20, 2012
Laporan Ijok Really Really Free Market - #1
Syukur kepada yang satu kerana apa yang dirancang berjaya mencapai matlamatnya. Terima kasih kepada yang memberi sokongan material dan spiritual bagi menjayakan acara ini. Acara bermula seperti dirancang iaitu tepat pada pukul 8 pagi. Pagi itu hujan renyai - renyai menyambut acara sulong ini. Setelah selesai menyusun barang, aku sarapan sebentar. Sosok pertama yang hadir adalah Icat, seorang anak pada kenalan emak. Pada mulanya dia sekadar berlegar - legar dan terpinga - pinga tentang untuk apa semua ini. Aku menerangkan tujuan acara ini dan dia mula memanggil teman - teman yang lain. Maka datanglah Azim (Anak Cik Bayan) dan rakan datang memilih barang - barang yang disediakan.
Selain dari memberi barang percuma, acara ini juga seperti piknik santai dengan cuaca pagi itu yang begitu mesra dengan kami dan bau rumput basah yang buat aku tenang membaca buku Nurul Asyikin karya Aloy Paradoks (Sebentar nanti aku bikin review buat buku ini. Sedang asyik aku berguling - guling membaca naskah, Izan datang memberi sokongan. Kemudian Fitri dan Sidin. Izan membawa sejenis cup cake yang enak dari Indonesia. Suasana piknik itu benar - benar hidup. Kredit diberikan pada isteriku, Mak dan Abah, Kamal D'Mata, Kak Ida Cha'ai dan lain yang memberi sumbangan barangan.Gembira bila keluarga dan teman hadir memberi sokongan. Sesi penerangan kepada adik - adik yang hadir juga lancar dan santai. Input - input dari teman - teman juga diambil kira tentang acara yang akan diadakan pada masa akan datang. Paling seronok bila Abang Lan Taram hadir bersama komrad - komradnya. Abang Lan datang dengan basikal lejennya dan komrad - komradnya datang dengan menunggang bas dari Simpang 3 Ijok. Mereka ini adalah homeless yang ada di Ijok. Nah siapa kata Ijok tiada homeless. Rumah mereka terbakar 2 bulan sudah, tapi disebabkan mereka ini dilabel sebagai gila oleh masyarakat sekeliling, maka hingga sekarang mereka tinggal di dalam van usang sebagai tempat berteduh. Kenapa perlu double standard pada orang seperti mereka kerna mereka juga manusia seperti kita yang punya hak sama rata. Banyak perkara yang aku belajar dari mereka sebenarnya. 90% daripadabarang yang disediakan berjaya diberikan pada mereka yang mahukannya. Sedang merancang untuk Really Really Free Market yang seterusnya. Mungkin akan berlangsung pada Ahad terakhir pada setiap bulan. Lokasi akan diberitahu dari semasa ke semasa. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan. Terima kasih.
Nota : Niat dihati mahu menganjurkan benefit gig atau showcase bagi membantu keluarga Abang Lan Taram bagi membantu membina pondok atau rumah kecil bagi mereka berteduh. Walaupun mereka lain, mereka juga manusia seperti kita. Akan diusahakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























