Sunday, April 1, 2012

Bunohan : Kritik Sosial Orang Melayu

Rugi besar sebab kawe tak tengok cerita ni kek panggung. Malam tadi baru kawe dok sempat dok tengok movie kek asrto first. Tapi kawe raso sapo yang belom nengok lagi ceghito ni laie rugi rasa'e. Cukup sudah aku kecek kelate yang tak berapa menjadi atau memang tak jadi langsung. Untuk penggal pertama 2012 aku nobatkan Bunohan adalah antara filem tempatan terbaik. Pada aku, point utama yang aku nampak adalah tentang sifat tamak orang melayu. Ambil contoh disini, Bakar yang menjadi simbol kapitalis orang melayu. Yang kerjanya nak menggadai harta orang melayu dan sampai satu tahap tanah bapak sendiri pun Bakar nak songlap. Pura - pura baik tapi dalam masa yang sama tikam dari belakang. Sorry to say, ini memang sifat klise orang melayu. Aku tak tahu kenapa. 

Berbalik kepada menggadai harta tadi, Bakar yang beria - ia pujuk bapak dia suruh jual tanah tu siap gunakan proksi. Dalam Bunohan, proksi Bakar adalah Jolok. Bila aku tengok babak tu, aku teringat macam mana dalam dunia realiti semua perkara tu berlaku. Si melayu sibuk menyalahkan cina mengatakan tanah akan tergadai kalau bukan melayu yang memerintah. Realitinya, tanah - tanah tu semua dah tergadai sejak dari dulu lagi. Yang korang sibuk salahkan cina apa pulak, dah korang sendiri yang gatal nak jual tanah. Sendiri bangang salahkan orang. Pada aku, watak Jolok ni tak ubah seperti ejen - ejen tanah yang ada kat kampung aku. Datang dengan penuh bergaya tapi habuk pun takde. Datang memberi lolipop kepada orang kampung untuk jual tanah - tanah mereka. 

Unsur kasih sayang kuat diterapkan dalam filem ini. Tentang Ilham yang ditugaskan untuk bunoh Bunga Lalang tapi tak jadi sebab dapat tahu Bunga Lalang adalah adiknya sendiri iatu Adil. Sampai akhirnya Ilham kene bunoh dengan kawan sendiri sebab tak setelkan tugas yang diberikan. Atas sebab kasih sayang terhadap adiknya. Walaupun kasih sayang yang ditonjolkan  tidak ditunjukkan secara direct. Tapi aku memang paling berbulu dengan watak Bakar dalam cerita ni. Pasal duit, semua dia nak potong. Ini susahnya bila manusia menyembah kertas yang namanya duit. Jika diperhati, manusia - manusia penyembah duit ini langsung tiada sifat manusiawinya. Asalkan memberi bahagia pada mereka, segala dilanggarnya. Sampaikan membunoh saudara. 

Sebenarnya, apa yang aku tonton di dalam Bunohan ada dikeliling aku setiap hari. Dari sedekat - dekat saudara hingga ke teman - teman sekitar. Bunohan adalah sebuah filem kritik sosial dipersembahkan secara seni kepada penontonnya. Aku memang sangat - sangat berselera dengan cerita - cerita sebegini. Mula Songlap, kini Bunohan. Filem ini ada jiwa. Dari pembikin, tenaga kerja, dan pelakon - pelakonnya. Satu ayat yang menarik dalam Bunohan. " Orang Cina pandai menyimpan rahsia". Merujuk kepada watak Jing dalam bunohan. Aku beri lima bintang dari lima.Salut buat Dain Said kerana bisa membikin filem yang bisa buat  berfikir. Terima kasih. Sebelum terlupa, kenapa orang berpakaian kemas selalunya jahat? Aku bukan prejudis  pada orang berpakaian kemas, tapi rata -ratanya yang aku jumpa, semua begitu. Contoh utama adalah firaun - firaun MLM.

No comments:

Post a Comment