Sudah terlalu lama aku tidak ngobrol diruang maya ku ini. Semua kerana kesibukan menguruskan kehidupan, tambah lagi aku udah punya cinta kecil yang perlu diberi lebih perhatian. Minggu lalu, kira - kira hari Jemuah yang lepas, aku, sang cinta, dan cinta kecil membuat kerja gila dengan kembara selera secara tiba - tiba. Langsung tiada dalam kamus perancangan.
Asalnya cinta kecilku ada temujanji dengan dokter, oleh kerana hari Jemuah, makanya tidak ramai orang dan segalanya berjalan lancar. Lalu aku mengusulkan pada sang cintaku agar pergi jalan - jalan buang masa. Lalu idea asam pedas Melaka muncul. Terus sahaja kami meluncur dengan kadar tidak berapa laju agar tidak tertangkap gambar mobilnya dengan cabal kapitalis AES.
Kami bertiga sampai di Melaka jam 3.00 petang. Kerana tiada perancangan, kami menelefon beberapa kawan untuk mengetahui lokasi asam pedas yang kaw kaw sek. Seorang teman mencadangkan kawasan di sekitar Bukit Katil. Memang banyak sekali kedainya, malangnya banyak juga yang tutupnya. Barangkali waktu urusniaga belum bermula. Berpusing - pusing di sekitar Duyong, akhir aku ketemu sama kedai Asam Pedas Kak Su. Menarik struktur kedai ini. Seakan rumah yang diubah suai menjadi kedai. Perut sudah lapar, terus sahaja aku dan sang cinta membaham apa yang tersedia, sedang cinta kecil terkulat - kulat cuba memahami. Harga yang dikenakan juga cukup berpatutan. 2 mangkuk asam pedas ikan parang dengan harga RM16.00 termasuk minuman dan nasi. Lumayan.
Selesai menjamu selera, aku terus bergerak menuju ke Banda Hilir, lokasi klise pengembara yang ke Melaka. Sebelum sampai di Banda Hilir, aku singgah sebentar di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan manusia. Barangkali kerajaan Melaka cuba - cuba untuk menjadi Dubai. Tarikan utama di sini adalah Masjid Selat Melaka yang terletak menghadap Selat Melaka. Masjid yang dibuka secara rasminya pada tahun 2006 ini seakan - akan terapung di pesisir pantai Pulau Melaka. Dari pemerhatian aku, aku dapati pembangunan di sekitar Pulau Melaka ini agak berserabut. Maaf kerajaan Melaka, ini sekadar pendapat dan pemerhatian saya.
Oleh kerana hujan lebat, kami berehat seketika di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Banda Hilir. Aku tiba di Banda Hilir sekitar jam 5.30 petang. Rezeki anak, sampai di sana kami terus beroleh parkir. Pengalaman aku sebelum ini, hampir sejam aku berpusing mencari parkir. Selesai memarkir, kami terus memotret gambar buat kenang - kenangan di hadapan Dataran Pahlawan. Sedang leka memotret, kami di datangi pengusaha beca. Dengan harga RM20.00, kami akan di bawa mengelilingi sekitar Banda Hilir. Satu tawaran yang lumayan.
Pengayuh beca kami seorang budak lelaki berusia 14 tahun. Sepanjang perjalanan, sempat aku bertanya tentang kerja sambilannya itu. Dia bermula pagi dan berakhir malam, satu hari bisa dapat hingga 20 trip. Satu pekerjaan yang lumayan. Tabik buat pengayuh - pengayuh beca Banda Hilir. Aku cukup bahagia melihat dua cinta aku cukup gembira petang itu. Super gembira!. Sebelum bergerak pulang aku beli sebijik fridge magnet bermotif tokong cina di Melaka. Ini adalah cenderemata wajib tiap kali aku mengambara. 7.00 malam tepat, aku bertiga bergerak pulang.
| Masjid Selat Melaka, kredit gambar : http://www.photomalaysia.com |
No comments:
Post a Comment