![]() |
| Kredit foto : naskahpercuma.blogspot.com |
Rasanya ini pertama kali aku mengulas tentang zine. Fragranfrantik isu 2 keluaran November 2012. Jujur aku sama sekali tidak pernah membaca isu satu lit/zine ini (seperti yang tertera pada kulit depannya). Naskah ini aku peroleh dari toko buku online kegemaranku iaitu Kedai Hitam Putih. Dari muka pertama aku mulai membaca naskah ini aku kategori Fragranfrantik sebagai sebuah naskah sastera. Dari gaya bahasa dan corak penulisan naskah ini aku dapati ianya mirip kepada gaya penulisan yang sering terpapar di jalantelawi.com. Dan sangkaanku benar apabila terdapat satu entry yang pernah disiarkan di jalantelawi.com juga dimuatkan di dalam Fraganfrantik isu kedua ini iaitu sebuah karya terjemahan Ernest Hemingway - Kafe yang bersih dan cukup terang. Barangkali mereka yang terlibat dengan jalantelawi.com juga terlibat dalam pembikinan lit/zine ini. Sekadar meneka.
Antara entry paling menarik perhatianku dalam lit/zine ini adalah entry "Interview Fathullah Luqman Yusuff". Bagi meraka yang yang mengikuti perkembangan scene pasti mengenali sosok ini. Aku boleh kategorikan Fathul sebagai living legend dalam scene underground. Masih ingat pada Spiral Kinetic Circus, Infectious Maggots dan Fathulistiwa?. Pada siapa yang pernah terlibat dengan arena bawah tanah satu ketika dulu pasti sinonim dengan nama Fathullah Luqman Yusuff. Dalam interview ini, perbualan berkisar tentang perjalanan hidup beliau dan tranformasi (kenapa aku rasakan perkataan tranformasi ini telah menjadi begitu kerajaan) dalam kembara seni beliau.
Oh ya, dari segi fizikal zine ini sangat menarik, dicetak diatas kertas yang seakan - akan kulit buku rampaian sekolah (maaf aku tak tahu apa nama jenis kertas ini). Keunikan kandungan dan juga persembahan percetakan menjadikan ianya sebuah zine yang bisa dijadikan sebagai "collectible item". Aku suka zine ini, makanya sebab itu aku bikin ulasan tentangnya. Tahniah pada semua yang terlibat dalam pembikinan zine ini dan terima kasih kerana karya - karya anda semua di dalam Fragranfrantik bisa menambah zon pengetahuan baru dalam adventure menambah ilmu aku. Menulis itu satu keberanian, Fragranfrantik adalah berani. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment