
Pramoedya Ananta Toer. Antara tokoh sastera Indonesia. Karyanya telah diterjemah ke pelbagai bahasa dunia. Jelas sekali menunjukkan pengaruh sastera bawaan Pramoedya. Bukan Pasarmalam adalah novel pertama beliau yang aku miliki. Terima kasih kepada The Kedai Hitam Putih yang membawakan naskah ini kepada aku. Berbalik kepada naskah ini. Bukan Pasarmalam bukan cerita tentang pasar malam. Itu pasti tiada dakwa dakwi. Kisah perjalanan seorang anak lelaki yang pulang ke kampung menziarah ayahnya yang sedang sakit. Satu perkara yang aku tertarik pada Bukan Pasarmalam ialah cara Pramoedya menceritakan jalan ceritanya tanpa memberi nama pada watak - watak dalam novel ini. Yang ada hanyalah ganti ganti diri. Jujurnya pertama kali aku jumpa gaya novel seperti ini. Cerita yang cuba digambarkan Pramoedya adalah tentang kasih sayang anak pada bapa, tentang seorang guru yang penuh dengan cita - cita pada anak bangsanya. Tertarik pada kata ayah di dalam novel ini :
"Kalau engkau tidak yakin betul, lepaskan cita - citamu untuk menjadi guru itu. Seorang guru adalah kurban - kurban untuk selama - lamanya. Dan kewajipannya terlampau berat. - membuka sumber kebajikan yang tersembunyi dalam tubuh anak bangsa."
Ini tentang jatidiri. Jatidiri seorang anak, seorang ayah, seorang guru, seoarang nasionalis dan revolusioner. Bukunya tipis tapi tebal dengan pengajaran. Aku beri 4 bintang dari 5 bintang kerana naskah ini berjaya buat aku termenung berfikir berulang - ulang. Aku sudah ada Perburuan ditangan. Satu lagi naskah Pramoedya.
No comments:
Post a Comment