Sunday, July 31, 2011

Rasa Aneh Didalam Kepala






Mual, pening, janggal,
Terhuyung - hayang,
Mencari ketentuan,


Sakit itu datang lagi,
Memberi tekanan dari belakang...Medula oblongataku.
Sudah capik aku menahan sakit ini.


Pinar, pijar, pasrah,
Apalagi yang sakit ini bisa tawarkan??
Aaaah!! Aku tidak mahu endahkan,
Pergi jauh -jauh agar aku bisa bertenang.


Note : Photo credit to Swen Scheuermann (swenson)
          http://www.toonsup.com/swenson

Friday, July 29, 2011

BILA

Bila puisi mula ditakuti,
Bila alunan seloka mula digeruni,
Bila seni ditohmah mencabar institusi,
Itu tanda, masanya semakin menghampiri,


Bila rakyat dilayan bagai musuh,
Bila sang kriminal diangkat bagai dewa,
Itu tanda, masanya telah tiba untuk kita
cabut kuasanya.


Kita dobrak dan buangkannya jauh -jauh,
Dari mata, dari hati, sejauh - jauhnya.


Nota :
Jangan terus berdiam diri,
Diam diri boleh memusnah diri

Thursday, July 28, 2011

Mao in Woven Art


Mao in Woven Art
(Artwork by Street Inker)
Media : Sketch Pad, A4 Paper 80 gsm, Inkjet Printer

Notes :
This Mao picture is originally scanned from 1 yuan money bill

Wednesday, July 27, 2011

Debt = Suffer



Debt = Suffer
(Artwork by Street Inker)
Media : Sketch Pad, Pencil & Magic Color

Illustrasi ini terhasil semasa sedang memerhati keadaan sekeliling tentang manusia terseksa kerana bebanan hutang yang menjela panjang. Tamat saja pengajian mereka digari dengan hutang biaya pelajaran. Semasa belajar kononnya disogok dengan fantasi - fantasi mewah tentang indahnya kehidupan di alam pekerjaan. BULLSHIT!!

Bila bekerja, dibebani pelbagai hutang dek kerana mahu hidup dalam suasana stylo mylo. Toko - toko wang menghulur kepingan - kepingan kartu plastik buat bekalan hidup biar hidup jadi lebih indah  lebongnya. Sekali lagi TAHI LEMBU!. Kartu plastik ini bisa menjadi belati yang menyembelih leher - leher pencinta kartu plastik itu sendiri.

Jangan berbicara tentang gari - gari hutang yang lain kerna semuanya pasti menjerat pemakai - pemakai gari tersebut. Berhutang ibarat bercinta, andai betul pengurusannya bahagia, andai gagal pasti derita.



Monday, July 25, 2011

Sketch & Sketch



Revolution
(Artwork by Street Inker)
Pencil, Highlighter Marker 


URGENT
(Artwork by Street Inker)
Pencil, Highlighter Marker, Rubber Stamp



War Within
(Artwork by Street Inker)
Oil Pastel 






Sunday, July 24, 2011

Esa

Pendosa menuduh pendosa,

Hamba menghambat hamba,

Pencacai membuli pencacai,

Aparat menyeksa aparat,

Penguasa memeluk penguasa,

Pendusta membohongi pendusta,

Pencnta mengkhianati pencinta,

Yang Esa tetap Yang Esa


Tuesday, July 19, 2011

AKU, DIA DAN PELEBAS

Aku penat,
Aku penat berlari,
Aku penat berjalan,
Aku penat merangkak,
Aku penat bertatih,

Dia letih,
Dia letih bercakap,
Dia letih membaca,
Dia letih memahami,

Aku bebas,
Aku bebas berkarya,
Aku bebas berkongsi,
Aku bebas memilih.

Nota :
Aku coret dalam keadaan mulutku pedih menahan sakit lumpangen

Cerku - The Rebel Part

Bercerita tentang diriku. Ya, aku memang gemar bercerita tentang diriku. Aku kadang – kadang hairan tentang diriku. Kadangkala aku “superhyper” gembira, kadangkala “superhyper” jiwa lara. Aku mengkelaskan diriku sebagai rebel. Bukan rebel seperti ikon – ikon rebel dunia. Aku rebel pada tafsiran ku sendiri. Perlu diingat, hanya diri kita yang bisa mentafsirkan diri kita (terlalu “self-centered” kah statement aku ini?). Aku gemar pada sesuatu yang bukan pada kelazimannya. Kadangkala rakan sekeliling menggelarkan ku sebagai manusia gila yang aneh.  Aku terima dengan hati yang senang. Semasa aku menulis coretan ini, aku dalam keadaan separuh sedar, bukan “stoned” atau sedang menurun, tapi dalam halusinasi interpretasiku sendiri (kan aneh bunyinya tu). Ya kerana aku memang gemar pada sesuatu yang di luar norma. Kadangkala isteriku juga merasa hairan melihat telatahku yang tidak seperti manusia biasa, malah dia pernah berkata yang membuatkan dia jatuh cinta padaku adalah kerana aku jahat dan gila (hanya dia yang bisa memberi justifikasi bagi 2 perkataan berikut). Lebih aneh sesuatu perkara itu pada aku, lagi aku gemar untuk mengkajinya. Salam REBEL. PEACE

Monday, July 11, 2011

Aku Kembali Menulis

Aku tergerak kembali untuk menulis di halaman ini setelah sekian lama tidak menulis. Beberapa bulan tidak menulis dan kini bagai terpanggil untuk mencoret kembali. Aku akan catatkan segala apa yg ku rasa agar dapat di kongsi semua. Buku kecilku sudah hampir penuh dan banyak sekali yang aku pelajari sepanjang aku mencatat di dalam buku kecil kelabu itu. Buku itu begitu aku hargai kerana disitu aku catatkan bagaimana aku mengenali hidup ini dari satu perspektif yang berbeza. Aku belajar tentang sejarah, aku belajar tentang politik, aku belajar tentang ideologi, tentang segalanya yg menarik minat hatiku ini serta jiwa berontak ku. Inilah ekspresiku. Segalanya tentang apa yg aku fikir tentang dunia ini. PEACE