Wednesday, October 22, 2014

Tentang Si Pengalih

Pengalih tumpuan,
Sedang isu bersesak sesak,
Pengalih tumpuan,
Hadir mencelah,

Tiba - tiba,
Semua gempita,
Dek berita pengalih tumpuan
Lupa segala yang bersesak sarang,
Lupa lupa lupa lupa
dan terus lupa.

Pengalih tumpuan,
Senyum gembira
Sensitiviti..paling mudah dimanipulasi

Dan akhirnya
Seperti lazimnya
Pengalih tumpuan menang lagi
Senyum puas si pemanipulasi,
Sekali lagi dapat berlari


Abjad Durja
23 October 2014

Tuesday, October 21, 2014

Tentang Lelaki Separuh Abad - 1

Petang itu sedang Samad duduk tersadai di meja kerjanya, dia didatangi seorang lelaki separuh abad.
Samad kenal benar dengan lelaki separuh abad itu dengan reputasinya sebagai pencinta wanita lagak tidak ubah seperti lagu dendangan Irwansyah. 

Lelaki separuh abad memulakan bicara, "Eh Samad, ekau sibuk tak?"
Samad memandang dan tersenyum lalu menjawab "Ye pakcik, apa yang boleh saya tolong"

Lelaki separuh abad mula menceritakan perihal beliau mendapat "friend request" dari seorang wanita di facebook. Dengan gaya yang agak eksyen, lelaki separuh abad menunjukkan satu ayat panjang lebar diruangan "messenger" dalam Bahasa Inggeris.

"Cuba ekau baca pobondo yang minah ni nak"

Sambil tersenyum bangga beranggapan yang minah pan asian itu mahu berkawan dengannya.
Samad dengan tenang seperti kebiasaanya mengambil handphone ASUS dari tangan lelaki separuh abad itu. Samad diam, matanya tajam mengamati bait - bait ayat dari gadis pan asian itu (merujuk kepada nama dan pofile picture yang tertera.

Lelaki separuh abad menunggu dengan penuh debaran. Kacamata menjadi mainan, kejap dipakai kejap dibuka. Nafasnya turun naik seperti Django yang kepenatan.

Samad memulakan bicara. "Saya rasa benda macam scam, trick nak minta nombor akaun"
Lelaki separuh abad mencelah "Pasal apo pulak nak minta nombor akaun?"
Samad dengan panjang lebar tentang modus operandi scam - scam internet yang bermula dari kononnya ingin berkawan langsung menjadi mangsa penipuan.

Kelihatan sedikit kehampaan pada raut wajah lelaki separuh abad. Mujur Samad ada menyelamatkan keadaan dengan lagak adiwiranya, kebetulan juga Samad memakai baju Superboy kala itu maka lebih terserlah lagi imej keperwiraannya. Untuk rekod, lelaki separuh abad itu memang terkenal dengan wataknya yang gemar pada gadis - gadis genit.

Samad kembali menghadap monitor pc. Sangkanya sudah selesai tugasnya sebagai penterjemah message facebook pagi itu. Lelaki separuh abad kembali mengganggu Samad, kali ini tentang perihal "add" dan "remove" friend di Facebook.

"Ah sudah!!" getus Samad dalam benak fikirnya.
"Apa lagi mahunya orang tua ini mahu" hasut sisi hitam otak Samad.

Dengan penuh profesional palsunya melayan karenah lelaki separuh abad itu. Kali ini dengan niat sedikit jahat, Samad cuba mengkelentong lelaki separuh abad itu.

"Ye pakcik, apa kali ini yang boleh saya bantu?" Ujar Samad dengan penuh muslihat.
"Eh kalau aku dah tambah kenalan tu, orang tu bolih nampak gambar aku tak?" Tanya lelaki separuh abad dengan penuh kesungguhan.

"Boleh pakcik, siap boleh save sekali gambar tu kalau orang tu nak" balas Samad dengan penuh yakin.

Dengan raut yang agak  gelabah lelaki separuh abad mula tak keruan. Samad sedikit kehairanan, pasti ada sesuatu disebalik pemunya profil Murni Majnun Ketangga yang ditunjuk oleh lelaki separuh abad itu tadi. Barangkali skandal lama dikala muda remaja, siapa tahu kerana segalanya mungkin.

Bersambung...

Monday, October 20, 2014

Review Buku : Social Carbon Copy: Stories From The Road 2000-2002

      Rasanya dah hampir setahun aku tak review mana mana buku. Alasan utama tak buat review sebab terlalu sibuk dengan kerja - kerja silkscreen dan dalam tempoh itu juga aku paling kurang sekali baca buku. Beli buku akktif, tapi bab membacanya pasif. Buku terakhir yang aku review adalah buku Pengembaraan Ke Tanah Kusir. Ok, berbalik kepada buku yang aku hendak review kali ini adalah buku Social Carbon Copy (versi bukan Bahasa Inggeris) karya Francis Wolf. Pertama kali aku jumpa dia semasa KL Zine Fest and Distro Day Out yang berlansung di Red Bungalow tahun lepas. Tengok dari jauh dan tak pernah bertegur sapa sebab aku ni penyegan ya amat. Buku ni menceritakan tentang pengalaman beliau dan Spunky Funggy ber "tour" di Australia dan Thailand. Buku ini asalnya adalah dari catatan jurnal Francis Wolf semasa tour tersebut. Bukunya santai dan menyeronokkan. Secara tak langsung dapat belajar tentang sejarah Spunky Funggy itu sendiri dan bagaimana "struggle"nya seorang yang bernama Francis Wolf ini.

Melalui Social Carbon Copy, aku mendapat tahu yang Spunky Funggy adalah antara band terawal yang melakukan siri tour di luar Malaysia. Pertama kali aku lihat nama Spunky Funggy ini melalui satu coretan diatas katil semasa di sekolah berasrama dulu, masa tu kalau tak silap aku semasa tingkatan dua yang mana bilik itu dulu adalah bilik senior form five (masa aku form 1, mereka form five). Ada perkataan "Support Our Local Underground Scene : Spungky Funggy & Spiral Kinetic Circus" kalau tak silap. Aku yang masa tu masih suci sungguh tertanya - tanya apakah maksud dua perkataan itu. Selepas hampir dua tahun selepas tu baru aku tahu apa dia, itu pun selepas dikenalkan oleh teman yang banyak memberi pengaruh bagaimana indahnya muzik bawah tanah masa itu. Selain daripada catatan perjalanan, Francis Wolf juga ada memberi beberapa tips perjalanan dan cerita tentang cinta lokasi. Aku rasa pasti yang Francis Wolf punya "charming magnet" yang bisa bikin gadis Thai kecairan melihat senyuman beliau. (Maaf Francis Wolf, sekadar bercanda). Buku ini bagus kerana secara tidak langsung, sejarah dapat didokumentasikan yang mana bisa jadi referensi buat peminat dan juga collector. Dan usaha Francis Wolf menerjemah naskah ini ke dalam versi Bukan Bahasa Inggeris harus dipuji kerana dapat memberikan lebih ramai lagi audience buat buku beliau.

Dan hari ini aku terbaca satu status di Facebook yang mana buku ini lebih stim dihadam bersama CD Hopefully Whenever yang juga dari Francis Wolf. Dengan kadar pantas, makanya aku pun menghubungi Francis Wolf untuk mendapatkannya dan sekarang aku sedang menunggu CD itu dengan penuh debaran. dup dap dup dap, korang dengar tak debarannya dan semasa review ini ditulis, Francis Wolf mengkhabarkan bahawa CDnya udah dikirimkan. Buat Francis Wolf, dengan gaya Nora Danish memutarkan lehernya, "Saya bagi empat bintang". Teruskan berkarya dan bikin orang lain gembira.

Nota : Kepada sesiapa yang ingin mendapat Social Carbon Copy, boleh terus menghubungi Francis Wolf melalui facebooknya atau terus ke page Social Carbon Copy
https://www.facebook.com/socialcarboncopy

Sunday, October 19, 2014

Rambang Isnin

Pernah tak korang rasa yang smartphone korang senyap - senyap ambil hidup korang?
Pernah tak korang rasa betapa palatnya lepak dengan member tapi masing - masing sibuk pegang handphone dan sibuk dengan social media kejadah. Sejak dua tiga menjak ni menyampahnya aku pada smartphone makin meluap. Tapi kalau nak diikutkan bukan salah smartphone tu walaupun sistem dah makin lembab haram jadah. Faktor utamanya adalah diri aku dan korang sendiri. Faktor kawalan diri. Teknologi tu bagus, tapi yang tak bagusnya adalah kawalan diri kita terhadap teknologi itu sendiri. Berapa ramai yang sedar sebenarnya kita manusia ni sudah hilang "personal touch"nya semenjak masing - masing sibuk dengan smartphone dan dengan segala macam social media yang ada. Berapa yang ramai yang dah lama tak tengok dalam - dalam mata pasangan korang, berapa ramai yang ada perbualan keluarga yang riang tanpa ada salah sorang dari mereka yang sibuk nak pegang handphone, berapa ramai. Jika masih ada, bersyukurlah karena kalian masih diberi nikmat "berkomunikasi" sesama manusia bukan melalui pelan hebat jalur lebar. Hubungan manusia ini bukan sekadar berkongsi lawak jenaka dan sembang kotey dalam aplikasi Whatsapp, Ianya jauh lebih besar dari itu. Memang teknologi mendekatkan kita, tapi dalam tak sedar menjauhkan kita dari sifat manusiawi itu sendiri. Aku bercakap atas kapasiti seorang yang hanyut dalam teknologi itu sendiri yang sekarang macam tersedar yang aku dah terlalu leka dengan semua tu. 

Sekarang bila aku dah start kembali ke zaman batu, aku rasa macam ada satu kepuasan. Aku boleh habiskan buku buku yang aku baca, aku ada lebih masa berkualiti dengan keluarga. Kadang - kadang aku rasa, family aku terpaksa bersaing dengan kerja aku dan kesibukan berinternet aku. Sekarang kehidupan bersosial di alam maya sudah berjaya dikurangkan ke hampir 80%, tinggal lagi nak susun waktu bekerja agar lebih fleksibel untuk aku bergembira bersama anak - anak. Anak pun sudah semakin besar, ada banyak benda dalam dunia yang aku kongsi dengan mereka dan aku sedaya mungkin tidak mahu kehidupan soasial di internet menghalang semua itu. Perrgh ayat macam orang sesal dalam ruangan kolum sadis seorang bapa di majalah hiburan keluarga tempatan. Hidup korang, korang tentukan, bukan smartphone korang yang tentukan.

   Salam Isnin dari cucu saudara Atok Senin

Note : Sebenarnya aku pernah tulis something lebih kurang macam ni dulu. Ah lantakla dah rasa nak menulis aku tulis la balik.

Tuesday, May 27, 2014

Tuhan Pendosa

Dalam diam,
Semua nak jadi tuhan.

Siapa kita,
Untuk menghukum mereka,

Khilaf mereka,
Nampak merata,

Khilaf kita,
Sembunyi belaka,

Udah - udahlah
Kita semua pendosa.

Abjad Durja
Simpang 3. May 2014

Cokelat Babi, Korupsi Lupa

Rasuah itu ngak papa,
Tiris wang rakyat itu pun ngak papa,
Seleweng sana seleweng sini,
Juga ngak papa.

Kenapa ya,
Semua itu tutup mata,
Semua buat - buat lupa,

Dan tiba tiba,
Kerana cokelat,
Seluruh negara gegar gempita,
Tiba tiba semua waspada.

Ada yang lebih bahaya.
Bukan sekadar gula gula
Dan cokelat gembira

Abjad Durja
Ijok . 24 Maret 2014

Tempik Dangkal

Setiap hari menempik dangkal,
Menuding yang beza hina dina,
Warna diagung - agung,
Konon konon selak sejarah,
Konon konon kau yang terpilih,

Takut - takut bukan beria benar,
Cuma buat untung diri sendiri.

Abjad Durja
13.05.2014

Thursday, January 2, 2014

Syurga Neraka

Syurga Neraka,
Neraka Syurga,
Syurga Neraka,
Neraka Syurga,

Tuhan manusia menutur kata,
Sibuk melabel sesuka mereka,

Syurga Neraka,
Neraka Syurga,
Syurga Neraka,
Neraka, Syurga,

Dunia semakin menua,
Ramai leka,
Terlupa alpa,

Kita gila dalam jaga.

Malang Manusia

Malang manusia,
Dikawal kekang,
Hulubalang songsang,
Memanda bangang,
Agamawan lagak sakral,

Ribuan tahun,
Naskah berulang - ulang,
Yang punya kuasa,
Tak sudah - sudah berlagak pailang,
Habis semua disapu silang.

Masih pekat,
Feudal melekat,
Suara disekat,
Silap - silap,
Habis dirembat,

Max Havelar pernah berkata
"tugas manusia menjadi manusia"
Malang manusia
Menyalahkan babi itu dan ini,
Tapi diri tak cermin sendiri.