Tuesday, December 27, 2011

Yang Terlintas #3

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? 
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? 
Persoalan yang sering bermain di dalam kotak kecil kepalaku ini.
Semakin usiaku meningkat, perasaan ingin tahu semakin membuak - buak.
Mesti ada sebab..mesti ada..kenapa kita perlu melakukan sesuatu perkara.
Aku sering bermonolog dalam diriku.
Aku tanya aku jawab..bermain dengan persoalan.
Disebabkan persoalan - persoalan ini aku sering beda pendapat sama orang lain.
Apa rasionalnya...ya tiap perkara itu pasti ada rasionalnya.
Sekali lagi aku bertanya pada diriku, kenapa? kenapa?
Kenapa kita perlu setuju dengan sesuatu yang kita tidak tahu.
Sesuatu yang tidak ada penjelasan secara realiti, ilmiah atau saintifik barangkali.
Aku sukar terima. 
Secara biologinya, aku memang gemar bertanya.
Dan kadang - kadang bila aku bertanya, pasti ada yang tidak senang.
Lebih - lebih lagi orang tua yang jumud mindanya..maaf.
Bila mereka bertanya bertubi - tubi boleh pulak.
Keadilan hilang mungkin kerna aku belum cukup usia,
pada pandangan orang tua.

Monday, December 26, 2011

Yang Terlintas #2

Jamuan makan.
Apakah itu apresiasi paling ampuh atau keren,
bagi meraikan jasa manusia.
Adakah dengan memberi sepinggan nasi,
membuat manusia itu tadi kenyang adalah penghargaan terbaik buat sosok itu?
Jerih, perih keringat dibalas dengan suapan ketulan karbohidrat.
Apa signifikan jamuan makan dan penghargaan.
Aku butuh jawapan.

Review Buku : Pecah

Tahun 2011 adalah tahun aku kembali berjinak - jinak semula membaca novel. Keluarga aku memang pembaca novel tegar, lagi - lagi mak aku. Berbalik pada review buku. Sebenarnya aku dah tengok buku masa di Frinjan lagi. Tapi bila ada sale Big Bad Wolf 2011, aku terus beli. RM 5 je kut masa tu. Daripada 4 novel (Kasino, Kougar, Pecah & Dendam) yang aku beli, aku simpulkan yang Pecah adalah antara yang terbaik dari ke empat - empat buku tadi. Karya @nizambakeri ini memang terbaik. Aku boleh duduk dari pukul 6 petang hingga pukul 6 pagi esoknya menghabiskan sesi pembacaanku. Pada yang belum baca, buku ini bisa bikin kamu melekat. Aku contoh testimoni yang masih hidup. Dari segi penyusunan plot cerita memang menarik, flashback dan keadaan semasa diolah secara kreatif. Daripada berita terbaru yang aku dengar, Pecah bakal difilemkan, atau sudah dalam proses penggambaran pada masa ini,aku kurang pasti, tapi apa pun tahniah sekali lagi buat @nizambakeri. Semasa membaca aku dapat rasakan yang aku berada di dalam situasi itu kerana walaupun novel ini bergenre fiksyen tapi segala lokasi yang digunakan dan digambarkan dalam novel ini adalah lokasi sebenar. Bila aku baca novel ini aku teringat pada Ocean's Trilogy (Cerita dunia conmen). @nizambakeri juga adalah pemilik blog http://salahtaip.blogspot.com/ . Penulisannya menarik dan ada ruang besar untuk pergi lebih jauh. Aku beri 5 bintang untuk Pecah. Terima kasih pada @nizambakeri kerana membikin karya yang bisa buat aku membaca tidak henti - henti. Karya kau ada magisnya tersendiri.

Yang Terlintas #1

Orang bertanya,
"Apa yang kau kejar dalam berniaga?"
Aku tidak kejar apa -apa
Aku lakukan kerana aku suka
Andai untung bonus buatku,
Andai rugi bisa jadi pengajaran buat pedoman
Aku kurang tidur kerana aku suka,
Aku suka pada sensasi menahan mata yang mengantuk,
Aku sudah mula mengarut,
Pasti aku sudah mengantuk.

Saturday, December 3, 2011

Review Buku : Islam Melayu Komunis (Wawancara Dengan : Abdullah C.D., Rashid Maidin & Abu Samah

Selama ini kita didoktrinasikan yang mana perjuangan kiri itu adalah sesuatu yang jahat dan wajib digeruni. Itu adalah tanggapan wajib yang sering disuntik pada kita sejak alam sekolah.

Buku ini merungkai serba sedikit tentang perjuangan tiga tokoh perjuangan kiri iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Abu Samah. Sejarah semasa melabel mereka sebagai pengkhianat sedangkan mereka adalah sebahagian yang mempertaruhkan darah dan nyawa dalam menghalau imperialis penjajah British. Bukan sahaja di label sebagai pengkhianat malahan dilabel sebagai anti agama dan anti tuhan.

Kebanyakan orang sekadar menuduh melulu tanpa mahu memahami. Sejarah kita tidak ditulis secara jujur. Memetik kata - kata Abdullah C.D. dalam buku ini :
"kita mengkaji sejarah untuk memahami hukum - hakamnnya, menegakkan kesinambungannya, mengenal kawan dan lawan. Memahami masalah perjuangan kelas, mewarisi tradisi rakyat yang berani berjuang melawan penindasan sejak zaman-berzaman. Kita tidak boleh memotong - motong sejarah"