Friday, March 30, 2012

Antologi Abjad Durja #9 : Birokrasi - Korupsi - Sampai Bila Tak Jumpa Solusi

Mana hilangnya si konon penguasa
tatkala ada marhaen yang menderita,
Menjerit pedih menahan lapar,
Bersakit sengal tidur tak bertilam.

Berbelit - belit birokrasi diludah
pada namanya sang peminta.
Bila bibit cinta pada korupsi mula bertunas,
Menjalar dalam urat benak telapak,
Ini masa memerah si tersepit.

Rebana berita kau palu canang,
Konon cerita dana menggunung,
Tapi mana bila diminta macam - macam
pula yang dipinta.
Sambil menjeling dilontar kata dipalit nista.

Bangun dari kerusi empuk kuasa itu,
Keluar kau!
Buka mata!
Dalamkan dengar!
Biar kenyang kau santap lihat segala derita dari yang perlu.
Buta - buta percaya pada sida sida,
Yang cuma kangkang semata.

Turun! buat kerja kau lahanat!

Sunday, March 25, 2012

Laporan : Ijok - Really - Really Free Market Edisi ke 2


Ijok Really Really Free Market edisi ke 2 telah berlangsung dengan jaya dan gembiranya. Jika sebelum ini, RRFM dibuat di Padang Belia, kali ini RRFM diadakan di depan kedai D'Mata Advertising. Terima kasih kepada Abang Roslan of D'Mata dan anak - anak buahnya yang memberi sokongan. Terima kasih kepada Kamal of D'Mata untuk banner RRFM kali ini. Terima kasih untuk semua. Terima kasih kepada individu - individu yang menyumbangkan barangan dan tenaga dalam menjayakan acara ini. Tidak perlu untuk aku mengulas panjang kerna gambar - gambar ini bisa bercerita sendiri. Segalanya mungkin.

Orang pertama yang hadir, seorang tenaga kerja Indonesia
Ijok Really Free Market Edisi ke 2




Penyokong tegar RRFM - Abang Lan Taram



Dua beradik yang datang memberi sokongan

Membelek memilih mana - mana yang sesuai.

Barangan dari Kuantan - Kredit buat Azreta

The Legendary Wak Bambang juga hadir

Ini gadis peminat warna coklat

Adik Mir memilih barangan dari Kuantan






Ekonomi percuma buat semua

Hampir - hampir meja ini di bawa sekali.


Girl Power!

Monitor CRT itu milik pakcik berbaju coklat

The Legendary Terror Crew busking bersama Ijok RRFM edisi 2

Tuesday, March 20, 2012

Antologi Abjad Durja #7 : Rakus Raksasa Korupsi

Seragam gelap membalut tubuhmu,
Berlencana kilat kemilau buat tunjuk kuasa mu,
Bertunggang kau ke sana ke mari,
Gah sekali pasang tayang kuasa itu.

Entah apa merasuk diri,
Atau mungkin kau buta atau tuli,
Sudah diajar berkali - kali di akademi,
Ugut rasuah minta dijauhi,
Sedih sekali, bila itu yang kau cari sehari - hari.

Mahu saja aku cemeti hatimu yang mati.

Kerana kerana setitik nista, semua dibenci.
Jujur, jarang sekali jumpa kamu - kamu yang disayangi,
Rata - rata semua diumpat keji,
Semua kerana kau sendiri yang rakus mengeji diri.

Yang kaya berharta kau lindung - lindungkan,
Miskin merempat kau sepak - sepakkan,
Si jahat kau beri payung buat berlindung,
Manusia biasa kau perah minta uang kopinya.

Rakus rasuahmu mengalahkan raksasa.

Antologi Abjad Durja #8 : Kuku Hitam

Kau punya segala,
Kuasa, pengaruh, senjata,
Hanya kerna kau punya kuku perintah,
Yang cuma sementara.

Aku pula cuma punya pena,
Pena yang aku isi - isikan dengan tinta amarah,
Jadi senjata buat ku tentang rejim durjamu.

Bulat - bulat kau manipulasi jelata,
Pagi kau hulurkan Utusan,
Tengahari disudukan Metro,
Malam tiba kau sajikan Buletin Utama,
Hujung minggu Melodi dan Nona pula menjelma.

Untuk apa semua itu?
Biar jadi lolipop pemanis minda,
Agar bisa kau terus jajah pemikiran jelata,
Biar tunjuk mengikut telunjuk kuku besi mu.

Semua itu buat kita jadi alpa,
Pada perkara - perkara mega,
Dalam lupa kau rampok semuanya,
Tanpa belas kasihan pada empunya haknya.

Jahanam!

Monday, March 12, 2012

Review Kedai : Lazca Skateshop


Hari ini aku nak review sebuah kedai skate yang ada dekat area Shah Alam ni iaitu LAZCA SKATESHOP. Sebelum tu, aku bukanlah seorang skater. Aku sekadar penikmat kepada sukan papan selaju ni. Secara jujur aku tahu tentang Lazca adalah dengan secara tak sengaja. Masa tu aku dan Arif cari barang art kat Seksyen 7 sebab kebetulan kedai tu baru bukak. Dalam aku round - round area Seksyen 7, Arif terperasan satu signboard Boonga Studio dulu sebenarnya. Jadi kitorang pun ambik keputusan untuk masuk kedai tu. Jadi bila masuk baru aku tahu yang Lazca dan Boonga Studio berkongsi premis yang sama. 

Kami dilayan dengan penuh mesra oleh Firdaus Putra, yang sebenarnya kitorang pada asalnya tak tahu yang beliau sebenarnya adalah pemilik kepada Boonga Studio. Jadi Firdaus banyak share macam - macam info dengan kitorang berkaitan skateboarding. Kia pun ada pada masa tu. Kia ni kalau tak silap aku dulu dia study kat Puncak Perdana sebab macam pernah tengok muka dia sebelum ni kat sana. By the way Kia pun skaters gak macam Firdaus. Layanan yang mesra dari mereka buatkan aku dan Arif rasa selesa kat situ. Walaupun kitorang bukan skaters dan tak beli barang pun kat situ, tapi layanan mereka yang berada di Lazca memang terbaik. Jujur aku cakap. Harap mereka terus attitude seperti itu. 

Sebenarnya, sejak insiden (ayat dramatik pulak dah ni) lepak kat Lazca, Arif jadi berkobar - kobar untuk menjadi seorang skaters. Maka misi untuk menjadi skaters ulung diteruskan. Semangat berkobar - kobar untuk membeli skateboard membuatkan aku dan Arif dan juga Maya, which is my beloved wife berkunjung ke Lazca untuk kali kedua. Meredah hujan lebat dari Ijok semata - mata untuk membeli sebuah papan selaju idaman hati. Bila sampai Lazca tutup sebab mereka - mereka yang menjaga kedai ada event di Central Market (KUL SIGN). Sedikit hampa. Tapi Firdaus dah bagitau yang mereka memang tak sempat nak bukak kedai sebab busy dengan KUL SIGN dan ditambah pula dengan hujan yang maha lebat. 

Dan kunjungan kali ke 3 ke Lazca adalah pada hari Ahad lepas yang mana aku dan Arif datang  untuk beli skateboard untuk Amir (adik Arif). Arif dah beli skateboard pada masa tu. Kali ini kami dilayan dengan penuh ramah mesra oleh Keri. Keri ni banyak sengih dan gelak - gelak kecil yang mana buat aku dan Arif jadi selesa. Keri banyak gak share knowledge dia dalam dunia papan selaju ni. Maklumat tambahan, Keri ini adalah adik kepada tuan punya Lazca Skateshop. Tapi aku rasa dia ni towkay gak sebab boleh bagi harga yang best. Maka hari tu Arif pun beli complete skateboard untuk Amir. Deck Koston, Griptape Jessup, Truck dan Wheel daripada DVine (Local brand ni, base kat Labuan). Lazca punya harga dan servis memang terbaik dan aku rasa kedai ni boleh pergi jauh dan dapat bertahan lama. 

Lazca punya product range adalah daripada skateboard, kasut, clothing, dan aksesori. Ambience kedainya pun selesa. Jadi kepada sesiapa yang nak beli skateboard, boleh kunjungi Lazca Skateshop di Seksyen 7 (dekat dengan Giant, sebelah kedai Mek Ayam Kampung).

Thursday, March 8, 2012

Dua - dua goblok!

Sampai kapan semua ini harus berlarutan,
Dulu mereka selesa senyum - senyum,
Jabat erat sembang - sembang pagi petang nan girang,

Hanya kerana wang dan kesumat dendam,
Semua itu pergi jalan perlahan - lahan,
Meninggalkan desa nan permai.

Sampai kapan semua ini harus berlarutan,
Berpartisan pun sekadar kecil - kecilan,
Tapi udah mula mahu berbunohan,

Ada sosok yang hanya berani baling batu lalu sembunyi tangan,
Muda mudi dikeldaikan mengikut acuan si tangan hitam pemegang uang,
Mahu saja dipotong tangan - tangan hitam yang bikin angkara durja,

Sampai kapan semua ini harus berlarutan,
Bukankah kita bakalan ketemu sehari - harian,
Kenapa harus digadaikan kegembiraan,
Hanya kerana mengikut telunjuk sosok - sosok bangang,

Hei! Hei! Hei! Hei!
Mereka itu semua orang kaya!
Tidak pernah peduli sama kamu sebenarnya...jauh sekali ambil tahu,

Hei! Hei! Hei! Hei!
Sudahlah wahai kawan, wahai teman,
Cukuplah dibangangkan orang beruang,
Gampang!

Hei! Hei! Hei! Hei!
Mereka cuma kisahkan kuasa dan uang,
Kau hanya dianggap sampah kering yang boleh disapu buang,

Mereka bergelak ketawa dalam selimutan nikmat uwang,
Sedangkan kau terkapai - kapai kononnya kerana berjuang...

Monday, March 5, 2012

Surat terbuka buat LATAR EXPRESSWAY


Kredit buat Yasmin untuk gambar di atas (Traffic Light of  Disaster)

Seperti tajuk di atas, aku tujukan surat ini khas buat pihak pengurusan LATAR EXPRESSWAY yang tersergam indah itu. Tidak aku nafikan yang dengan wujudnya hiway LATAR ini, memudahkan kami khususnya di Ijok ini untuk ke Kuala Lumpur kerna memang ramai warga Ijok yang berulang  - alik dari Ijok ke Kuala Lumpur. Tetapi dalam LATAR membantu memudahkan perjalanan kami ini, ada beberapa perkara yang yang fuck up dan perlu diselasaikan oleh pihak LATAR.

Perkara pertama yang fuck up tentang hiway ini adalah dari segi kadar tolnya yang agak cekik darah. Tapi aku tiada komen lanjut mengenai perkara ini kerana sudah pastinya mereka – mereka di atas sana akan mengatakan yang kadar tol yang ditetapkan itu telah dipersetujui oleh pihak kerajaan. Jawapan yang klise sama sekali dan kita rakyat tidak berhak mempersoalkannya. Full stop. Tiada dakwa dakwi. Pada pendapat aku, jika kadar tol yang dikenakan rendah, pasti lebih ramai pengguna jalan raya yang akan menggunakan LATAR ini dengan gembiranya. Cukup dengan cerita kadar tol. Banyak – banyak cerita nanti pengurusan LATAR butthurt pulak.

Seperkara lagi yang fuck up tentang hiway LATAR ini adalah tentang sistem traffic light yang sangat fuck up. Lokasi traffic light adalah di susur masuk Ijok. Bagi mereka yang pernah melalui atau melewati traffic light pasti akan pelik bagaimana perencana dan perancang hiway LATAR ini boleh menyusun traffic light yang fuck up seperti ini. To be noted, seorang rakan aku masih terlantar dirumah patah kaki kerna tragedi eksiden di traffic light yang fuck up itu. Come on la LATAR, jangan kerana mahu jimat kos, kamu bikin kemudahan yang bisa bahayakan nyawa orang lain. Please think about it. I guess you got a bunch of think tank that can solve this matter aight?

Maaf ya LATAR, keadaan jalan hiway kamu adalah antara yang terfuck up sekali. Hiway yang penuh dengan bumpy. Jika memandu sebuah Kancil di LATAR, rasanya udah seperti menunggang keldai di Taman Tasik Titiwangsa. Kalau jalan federal, kami dah biasa dengan bumpy – bumpy seperti itu tunggu nanti nak dekat pilihan raya baru repair. Tapi ini hiway meh, and we pay for it damn it! Dan perkara yang paling buat aku butthurt dengan LATAR adalah. BILA HUJAN LEBAT HIWAY JADI BANJIR! FUCK GILA. Ini antara sebab utama aku menulis surat terbuka ini. Perkara ini berlaku pada Jumaat lepas, 3 Mac 2012 to be noted. Kawasan banjir adalah berhampiran R & R yang belum berapa siap berhampiran Kundang. Please don’t tell me that was a force of nature. For me it was a design failure.

Aku bercakap atas kapasiti sebagai pengguna lebuhraya LATAR yang mana aku bayar untuk menggunakannya. Jadi minta jasa baik pihak LATAR untuk memperbaiki perkara – perkara yang aku sebutkan tadi. Satu pujian yang aku berikan pada LATAR adalah juru tol kamu yang murah dan manis dengan senyuman. Teruskan kemanisan dan senyuman itu. Tapi perbaiki kebobrokan jalan kamu ya. Maaf kerana bahasa aku yang fuck up. Tapi rasanya dengan cara itu baru mesejnya sampai.

Terima kasih.
STREET INKER a.k.a ABJAD DURJA