Beberapa minggu ini aku membuat pemerhatian tentang sifat manusia, mengkhusus tentang sikap tamak haloba manusia. Sifat tamak ini ada disetiap lapisan masyarakat. Kadang - kadang aku rasa lucu yang teramat sangat dengan manusia - manusia tamak yang aku temui sehari - hari. Sebenarnya sifat tamak ini ada dalam setiap diri manusia, yang membezakannya adalah bagaimana kita mengawal sifat tamak yang ada dalam diri itu sendiri.
Tamak datang dari pelbagai sudut, contohnya tamak harta, tamak ilmu, dan tamak dalam segala benda. Dunia ini cukup untuk semua orang sebenarnya dan malah berlebih - lebih jika kita tidak tamak. Perkara yang paling menjengkelkan aku adalah mereka - mereka yang tamak harta. Semacam apa yang mereka ada selama ini tak pernah cukup. Sentiasa ada kurangnya. Contoh paling senang adalah perebutan harta pusaka, masa mak bapak masih hidup, segalanya ok dan tiada masalah dan segalanya cukup. Cuba tengok lepas mak bapak ni semua dah mati, mulalah raksasa tamak dalam diri tadi mula keluar nak menjarah pusaka yang sepatutnya diberi pada yang sepatutnya menerima. Tak payah rebut - rebut, tak payah marah - marah beb, kelak nanti, lubang tujuh kaki dalam dan kain putih je yang ada. Itu pun kalau nasib ada orang uruskan, kalau dibiarkan, habis mati busuk tepi jalan. Pada aku, amanah yang utama adalah memberikan pada haknya. Maksud hak disini adalah meletakkan sesuatu yang lebih utama pada tempatnya.
Bapak aku selalu pesan, jangan terlalu berkira dalam apa jua perkara. Sebenarnya bila kita selalu berkira, maka sikit - sikit sifat tamak tu akan mula membaham diri kita. Pandang sekeliling kita, ada yang masih susah, ada yang masih bersedih sebab kurang dari segala serba serbi. Sebagai manusia, adalah satu kewajipan bagi kita untuk cuba seboleh mungkin untuk mengurangkan bebanan mereka - mereka ini, bukan semakin menindas dengan alasan yang bukan - bukan dengan kata - kata yang konon disokong agamawan. Bullshit!
Cuba kongsi sebanyak mungkin. Pasti akan lebih gembira. Ini sungguh.