Monday, December 30, 2013

Tamak Tak Bawa Ke Mana

Beberapa minggu ini aku membuat pemerhatian tentang sifat manusia, mengkhusus tentang sikap tamak haloba manusia. Sifat tamak ini ada disetiap lapisan masyarakat. Kadang - kadang aku rasa lucu yang teramat sangat dengan manusia - manusia tamak yang aku temui sehari - hari. Sebenarnya sifat tamak ini ada dalam setiap diri manusia, yang membezakannya adalah bagaimana kita mengawal sifat tamak yang ada dalam diri itu sendiri. 

Tamak datang dari pelbagai sudut, contohnya tamak harta, tamak ilmu, dan tamak dalam segala benda. Dunia ini cukup untuk semua orang sebenarnya dan malah berlebih - lebih jika kita tidak tamak. Perkara yang paling menjengkelkan aku adalah mereka - mereka yang tamak harta. Semacam apa yang mereka ada selama ini tak pernah cukup. Sentiasa ada kurangnya. Contoh paling senang adalah perebutan harta pusaka, masa mak bapak masih hidup, segalanya ok dan tiada masalah dan segalanya cukup. Cuba tengok lepas mak bapak ni semua dah mati, mulalah raksasa tamak dalam diri tadi mula keluar nak menjarah pusaka yang sepatutnya diberi pada yang sepatutnya menerima. Tak payah rebut - rebut, tak payah marah - marah beb, kelak nanti, lubang tujuh kaki dalam dan kain putih je yang ada. Itu pun kalau nasib ada orang uruskan, kalau dibiarkan, habis mati busuk tepi jalan. Pada aku, amanah yang utama adalah memberikan pada haknya. Maksud hak disini adalah meletakkan sesuatu yang lebih utama pada tempatnya.

Bapak aku selalu pesan, jangan terlalu berkira dalam apa jua perkara. Sebenarnya bila kita selalu berkira, maka sikit - sikit sifat tamak tu akan mula membaham diri kita. Pandang sekeliling kita, ada yang masih susah, ada yang masih bersedih sebab kurang dari segala serba serbi. Sebagai manusia, adalah satu kewajipan bagi kita untuk cuba seboleh mungkin untuk mengurangkan bebanan mereka - mereka ini, bukan semakin menindas dengan alasan yang bukan - bukan dengan kata - kata yang konon disokong agamawan. Bullshit!

Cuba kongsi sebanyak mungkin. Pasti akan lebih gembira. Ini sungguh.

Sunday, December 29, 2013

Terima Kasih Keluarga/Teman

Peluk terus,
Jangan lepas,
Pejam mata,
hembus nafas,

Dalam hati,
rasa tenang,
keliling keluarga,
bersulam teman.

Ada masa,
kita gembira,
Ada tika,
mereka bersedih.

Hidup ini,
saling melengkapi,
Antara manusia,
Agar kita,
terus bahagia.

Terima kasih,
Buat kalian,

Keluarga/teman.

Tuesday, December 17, 2013

Antologi Abjad Durja : Kita, Kamu Semua, Kena!

Biasanya begini,
Dibiarkan kita bermain,
Dengan satu isu yang hangat,
Dalam sibuk kita bercerita,
Dalam sibuk kita berhujah,
Juga tentang isu tadi,

Tangan - tangan itu,
Dalam diam, adakala dalam terang,
Merancang untuk menipu kita lagi,
Lagi, lagi dan terus lagi,

Kita cuma diperbudak,
Diperguna buat mereka enak menunggang kuda,
Kaum kerabat berjalan dil luar negara,
Tapi kita, sengsara dengan segala mcm durjana,

Ingat - ingat ya,
Jangan ditipu lagi.
Jangan termakan pujuk janji.
Kerna bila naik lagi,
Kamu - kamu juga tidak terkecuali.

Nota ;
Selamat Berpesta Dengan Harga Barang Naik 2014
Kerana kamu, kami juga sengsara.

Sunday, December 8, 2013

Antologi Abjad Durja : Dilema Majikan Pekerja

Kalau namanya kerja, ya langsung ikut peraturan kerjanya,
Kalau namanya kerja, ya langsung ikut waktu kerjanya,
Kalau namanya kerja, ya langsung ada yang membayar upahnya,

Rasa - rasa majikan enggak pernah lewat bayar upahnya,
Rasa - rasa majikan masih ada tolak ansurnya dalam banyak perkara,
Rasa - rasa makin dibiarkan kok makin menjadi - jadi ya.

Ini bukan cerita golongan pemodal lawan golongan pekerja,
Ini cerita tentang sifat manusia.

Tolak ansur sana,
Tolak ansur sini,

Sampai bila,
Kalau diikutin pekerja ya sampai bila - bila,
Kalau ikutkan saya, paham - paham sendiri saja.

Dengar kata,
Rintihan orang dizalimi makbul ya pak ustaz?


Monday, June 3, 2013

Tribute Buat Isteri,Sahabat Baik dan Teman Pelengkap Jiwa.

Kita tak pernah sama,
Terang - terang kita beza jantina,
Kerna itu kita jatuh cinta,
Kali pertama buat selamanya.

Argumen besar,
    Walau tidak sebesar semesta,
Argumen kecil,
    Tapi jangan sekali diperkecil,
Semua itu mendewasakan kita,
Hadirnya Ava malah memperkukuh cinta,
Kita bahagia, sekeliling kita juga meraikan gembira.

Syukur pada ilahi,
Setiap pagi ku sedut nafas pagi,
Dan tiap kali ku pandang wajahmu di sisi,
Sungguh! aku jatuh cinta pada mu lagi,
Bukan sekali, malah berkali - kali.

Kasihku tidak berteman hadiah mega,
Tidak juga epik bagai Sita Dewi dan Ramayana,
Kerna aku cuma proletar biasa,
Membuat kau ketawa, girang sentiasa,
Sudah cukup buatku berbagi bahagia bersama.

Biar biologinya kita semakin menua,
Tapi semangat muda dan bercinta terus sentiasa.

Buat kamu Lily Normaya,
Isteri, sahabat baik, teman pelengkap jiwa,
Di waktu senang,
Susah dan lara.

Moga cinta, persahabatan,
perkongsian hidup kita,
padu sampai bila - bila.

Selamat hari lahir kedua puluh lapan
Rindu kamu dalam dakapan.

Monday, May 27, 2013

Review Buku : Pengembaraan Tanah Kusir

Aku beli buku ni atas rekomendasi dari Nizang (Mosh/DDT/Aksi Reaksi). Nizang pun ada buat review tentang buku ini di goodreads. Jujurnya, aku memang  tak pernah baca zine Roots karya Din Akar apatah lagi mengenal sosok yang namanya Azarudin Paiman ini. Tapi buku Azaruddin Paiman a.k.a  Din Akar ini memang padat. Buku yang berkisar tentang perjalanan penulis bersama - sama rakan - rakan ke Indonesia untuk bermain gig di kota Jakarta. Aku suka dengan gaya penulisan Din Akar, santai dan tak skema macam travelogue lain yang aku baca sebelum ini. Sebab buku ini santai, makanya aku dapat habiskan dengan sekali harung. Bukan senang nak buat orang baca buku yang ko tulis sampai habis. Buku yang kurang menarik, baca suku jalan, terus tertido. Ini pendapat peribadi aku la. Bila baca buku travelogue macam ni buat rasa diri berkobar - kobar nak berbackpacking travel around the world. Buku setebal 111 muka surat ini banyak bagi aku  ilmu - ilmu baru. Penulis secara tak langsung telah enlight pembaca dia melalui penulisan beliau, bukan sekadar tulis - tulis kosong. Kalau tengok kulit depan buku memang agak seram sebab ada patung voodoo tercucuk dada, tak seriau tengok?. Ala - ala buku panduan menyantet orang yang dibenci. Patung tu memang buat aku tertanya bila pertama kali aku tengok gambar buku ni. Mujur ada deskripsi foto kaver berkaitan imej tu. Kata - kata dont judge book by its cover emang ada benarnya. Antara info menarik yang dikongsi Din Akar dalam buku adalah tentang kehidupan anak - anak punk di kota Jakarta. Ada punk punya jati diri dan ada juga punk jadi - jadian menurut kata penulis. Satu lagi yang dikongsikan penulis  adalah tentang saiz badan punk Indonesia dibanding punk Malaysia yang lebih berisi atau lebih manis gemuk - gemuk gitu. Ada gambar sebagai bukti. 

Lepas  habis baca buku ni, aku rasa nak cari zine Roots, sebab aku suka gaya penulisan Din Akar ni, barangkali boleh ditemui dalam koleksizine.com dalam bentuk pdf. Buat Din Akar, teruskan berkarya dan terus melakukan bahagianmu sebagai manusia. Buat Hellexist, secara tidak langsung telah di dokumentasi perjalanan gig mereka tika di Jakarta. Untung beruntung. Moga sukses buat kalian semua.

Sunday, May 26, 2013

Review Buku : Muslim Zalim VS Non Muslim Adil

Buku ini adalah antara buku yang aku beli semasa Pesta Buku Selangor pada Jumaat Keliwon yang lepas. Memang niat aku pergi ke sana pun memang untuk cari buku ini dan juga buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Kedua - keduanya boleh didapati di booth Dubook Press. Buku kecil karya Ustaz Wan Ji  ini cukup padat kupasannya. Aku dapat tahu tentang buku ini melalui facebook semasa tempoh kehangatan PRU 13 yang lepas. Buku ini sangat informatif. Sungguh!. Pada pendapat aku, buku ini terbit tepat pada masanya dikala musim pilihanraya yang mana ada hujah - hujah mengatakan jangan undi orang bukan Islam. Ustaz Wan Ji dalam bukunya ini menjawab persoalan berikut dengan kritis dan berfakta dalam bentuk yang cukup ringkas tetapi tepat. Buku ini terbahagi kepada 5 bab. Setiap bab diperinci dan dikupas bersandarkan nas - nas Al - Quran dan hadis. Penulis juga menggunakan sirah nabawi dan cerita - cerita para sahabat dalam membuat perbandingan situasi dengan apa yang berlaku hari ini. Buat pembaca  yang mahukan penjelasan yang lebih lanjut boleh membuat cross reference berpandukan footnote yang disertakan bersama. Buku adalah antara buku wajib milik kepada mereka yang sering tertanya -tanya persoalan tentang Islam dan demokrasi. Bab yang paling menarik perhatian aku adalah bab 5 yang mana persoalan yang sering berpusing - pusing dan bersiar -siar terjawab. Jawapan berfakta beserta nas - nas yang bernas. Ini lah indahnya membaca, setiap halaman buku mempunyai magisnya tersendiri dalam memberi pencerahan pada pembacanya. Buat Ustaz Wan Ji, teruskan dakwah dan usaha murni anda dalam usaha mencerahkan pemikiran masyarakat. Lawan dengan ilmu.bukan dengan emosi membabi tuli. 

" Penipuan tidak berlaku dalam sistem, tetapi penipuan berlaku pada individu yang terlibat dengan sistem" - Petikan dari Muslim Zalim vs Non Muslim Adil - Wan Ji Wan Hussin

Sunday, March 24, 2013

Review Buku : CERPEN - Khairul Nizam Bakeri


Khairul Nizam Bakeri. Karyanya memamg tak pernah mengecewakan aku. Jika PECAH dulu pernah bikin aku WOW dengan jalan ceritanya, CERPEN pula mengungkap pelbagai rasa. Tapi yang pasti rasa puas pada setiap cerita yang disajikan beliau.Himpunan 16 kispen (kisah pendek, terma yang sering Khairul Nizam Bakeri gunakan) benar - benar menggaul perasaan kita sebagai pembaca. Penulis memang pandai dalam hal mengolah jalan  cerita dan bermain dengan kata - kata. Sebagai contoh dalam kispen PILIH, aku benar - benar tertarik dengan gaya lengok bahasa yang digunakan. Berbunyi klasik, kena dengan jalan cerita yang disampaikan. Jika diamati, penulis sebenarnya ada meletakkan kritik sosial dalam karya - karya kispen  beliau. Samada secara langsung atau tidak langsung. Secara jujur aku ingin  sekali ketemu sosok yang bernama Khairul Nizam Bakeri ini. Kalau bisa mahu dapatkan tandatangan untuk karya - karya beliau yang ada dalam simpanan aku. Dalam hal bermain kata dan bahasa, HANYA SEPULUH memang bisa membuktikannya. Dengan hanya sepuluh patah perkataan, beliau berjaya menyampaikan mesejnya dengan tepat dan padat. Ini aku suka. Ringkas, tapi maksudnya sampai.HANYA SEPULUH ini adalah kuitpan dari siri HANYA SEPULUH yang selama ini beliau muatkan dalam blognya SALAH TAIP. Sebenarnya ada juga kispen di dalam bukunya kali ini pernah termuat dalam blog beliau. CERPEN sangat mengujakan bagi aku. Dek kerana terlalu asyik membaca sampai aku terbawa - bawa dalam tidur ceritanya. Teruskan berkarya Khairul Nizam Bakeri, kerana bakat dan cerita - cerita yang kamu sajikan pada pembaca kamu ada magisnya tersendiri. 

Nota : Menunggu PECAH untuk ditayangkan di panggung.

Tuesday, March 19, 2013

Review Buku : Aksi Reaksi 2




Akhirnya Aksi Reaksi versi kedua telah terbit. Bersaiz lebih kompak, kemaskini dari susun atur dan sudah ada ISBN. Sudah jadi benar - benar buku bila dah ada ISBN ni, dalam kata zaman aku study Information Studies dulu dah ada surat beranak lah. Tahniah buat Nizang dan Dum Dum Tak atas dokumentasi ini. Buku ini ada sentimental value kat aku sebab penulih buh nama aku kat kulit belakang buku ni. Terima kasih Nizang kerna sudi mensi nama saya dikulit belakang buku kamu. Versi kedua Aksi Reaksi ini sebenar adalah lebih kurang sama dengan Aksi Reaksi versi pertama. Istimewanya yang kedua ini ada prakata dari satu sosok rebel yang sangat dikenali di Malaysia ini iaitu Hishamuddin Rais dari Tukar Tiub. Untuk edisi kedua ini juga, Perak Alternatif Press Distro menjadi tukang terbitnya. Versi satu dulu Oxygen Media kalau tak silap, seperti yang aku baca dalam buku tu lah. Aksi Reaksi 2 ini juga adalah dedikasi khas penulis kepada arwah Aiman, yang mana antara founding fathers of Dum Dum Tak. Aku recommend korang baca buku ni sambil dengar lagu - lagu Dum Dum Tak, nanti boleh sing a long sekali sebab ada lirik lagu disertakan dalam buku ni. Untuk dapatkan buku ini, boleh hubungi mereka seperti tertera pada flyers di bawah. Split CD nya juga bagus. Jangan lupa dapatkan ya teman - teman. 



Monday, March 11, 2013

Gratis

Percuma, percuma, percuma,
Kalau bisa, mahu saja ku beri percuma,
Bukan barter bukan beli,
Percuma, percuma, percuma,
Benar, semuanya percuma.

Ijok Really Really Free Market
Bagi tahun 2013, ianya akan menjelma,
Sedikit berbeda, tapi masih lagi percuma.
Percuma itu bahagia.

Komunikasi Yang Lebih Insani


Teknologi membunuh hubungan kita sesama manusia. Mungkin bunyinya agak keras, tapi inilah realitinya sekarang. Aku bukan anti teknologi atau anti establishment, tapi aku rasa kurang selesa bila teknologi yang sepatutnya membantu memudahkan  hidup kita, tapi dalam terang dan diam sebenarnya sedang membunuh diri kita sebagai insan  secara diam - diam. Ambil contoh smartphone, rasanya semua orang pakai smartphone. Dari yang murah hingga yang ribuan ringgit. Kebanyakkan pengguna smartphone yang aku 
perhatikan, hanya menggunakan gadjet meraka itu lebih kepada untuk bersosial di alam siber atau berhibur dengan permainan - permainan siber yang ditawarkan. Bagi aku, semua itu  tak salah, andai kamu bisa menggunakannya dengan bijak. 

Tak perlu pergi jauh untuk aku analisa perkara ini. Sebagai contoh sebelum ini aku  dan isteri menggunakan Blackberry sebagai alat komunikasi kami. Aku rasa hampir satu tahun  kami menggunakannya. Makin lama aku menggunakan gadjet tersebut, aku makin khayal dengan media sosial dan begitu juga isteri aku. Bayangkan, kami sama - sama duduk bersama, tapi masing - masing khayal dengan gadjet masing - masing. Ingat, ini bukan salah gadjet, semuanya berbalik kepada cara pengawalan diri kita dalam menggunakan alat - alat komunikasi itu. Berbalik pada cerita aku tadi, aku merasa lama - kelamaan aku dengan isteri makin kurang comunicate antara satu sama lain.Aku pikir ini tak boleh jadi, mana bisa aku mahu membiarkan teknologi yang sepatutnya memudahkan aku tapi dalam tak langsung menghakis perhubungan insani antara 
kami berdua. Mula - mula aku terminate data plan aku. Salah satu sebab utama aku rasa servis data plan maxis agak bangsat dan ada hidden cost yang tetiba ada setiap kali bil sampai.Sebab tersirat pulak, aku nak stop pakai smartphone dan kembali kepada telefon konvensional, yang mana ada asas mudah untuk call, sms, dan torchlight. Ada teman yang cakap, apasal downgrade, aku cakap aku nak upgrade hubungan yang lebih insani. Bukan sekadar komunikasi dengan kaca bercahaya yang bernotifikasi. 

Tak lama lepas tu, isteri aku pun stop pakai BB, langsung tiada paksaan dari aku ya. Atas kerelaan sendiri dengan niat mahu komunikasi dengan lebih insani. Insani dengan definasi kami. Semalam dia suugest satu video untuk aku tengok dan aku rasa dia dah paham dengan apa yang aku maksudkan sebelum ini.  Dalam beberapa bulan ni, bila aku aku keluar makan aku perhatikan mereka - mereka yang terlalu asyik dengan smartphone masing - masing sampai makan pun macam endah tak endah. Ada satu keluarga ni aku tengok, setiap ahli keluarga ada smartphone dan masing sibuk dengan smartphone dengan juadah terhidang kat depan mata. Apa jadahnya makan bersama keluarga tapi masing - masing sibuk dengan gadjet personal mereka. Manusia kini lebih bahagia berkeluarga bersama kotak bercahaya yang bisa dibawa kemana - mana.

Smartphone sekarang gaya hidup, tapi jangan sampai ianya membunuh kehidupan anda sebagai insan secara diam. Teknologi itu tak salah sama sekali, tapi kita sebagai pengguna yang seharusnya bijak dalam mengatur penggunaannya. Jika digunakan dengan penuh berhemah, ianya sangat - sangat membantu dalam urusan sehari - harian. Biarkan anda yang mengawal hidup anda, kegembiraan anda bukan ditentukan oleh gadjet atau social media anda. Aku bukan anti teknologi, cuma aku capek melihat manusia terlalu asyik masyuk dengan teknologi sehingga melupakan hubungan yang lebih insani. 

Thursday, February 28, 2013

Royan Rambang

Rutin membunuh,
Merampas seronoknya hidup,
Bergerak umpama mesin industri,
Dengan arahan, ikut masa,
Sedangkan jiwa jadi kosong.

Separuh umur ikut telunjuk.
Si kuasa tunjuk menunjuk,
Si paksa tertunduk - tunduk,
Tapi ini bukan tawaduk.

Ada bilang bosan itu membunuh,
Sama ada benar atau sekadar tuduh,
Bosan ini buat diri makin menjauh, 
Mujur masih ada kelumit sedar masih bersauh.
Walau jiwa patah seliuh.

Review : Split CD Dum Dum Tak / Always Last

Tepat kena pada muka! Memang style Dum Dum Tak (DDT). Pada aku, jika nak sampaikan mesej dengan jelas, nyata dan terang pendekatan lirik DDT wajib dicontohi. Barulah punk! Split CD ni sampai di alamat rumah mak aku. Jadi pertama kali aku dengar semua track - track yang ada dengan gunakan sistem audio bapak aku. Track pertama, "Hantu" berkumandang, bapak aku terus tanya, band ni perli orang politik ke? Maksudnya, mesej lagunya sampai, tak kira lapisan umur. Bapak aku yang umur setengah abad pun boleh layan apakan lagi anak - anak muda. Track kedua pun masih bercerita tentang orang politik yang korup. Pada aku orang politik yang korup memang bangsat.  Seksis bastard! Wanita wajib dihormati. Dalam masyarakat patriarki pekat, wanita sering dipandang sebelah mata. Aku pernah menulis tentang perkara ini. Treat and respect everyone equally. Lagu Sengketa jelas sekali memerli keyboard warrior di alam siber. Depan pc bukan main berani, depan - depan terkulat - kulat sipu malu diam membisu. Aku tiada komen tentang arrangement lagu, kerana aku bukan komposer ataupun kaki komen dalam rancangan realiti. Bagi aku lagu yang bagus jika liriknya bagus dan maksudnya sampai. Jika terlalu melankolik, sumpah audiens susah nak paham. 

Macam DDT, aku pernah melihat mereka beraksi live, tapi tidak Always Last. Tapi lagu - lagu mereka catchy. Seronok dan sinikal. Tertarik pada satu rangkap lirik mereka "TV always fed us bullshit news, radio's now searching for bands they can sell, I need more friends on Twitter so I can tell, how many times I eat and poop today". Nah memang ini realitinya yang aku sendiri lihat disekeliling aku. Dunia jadi lebih tranparent, tapi lebih kepada perkara yang mengarut. Mereka sedang memperbodoh diri dalam tidak sedar. Aku beli split ni direct dari Nizang  Nervhous Records. Jadi kepada yang berminat nak dapatkan split ni boleh dapatkan dari Nervhous Records. Beli jangan tak beli, sebab berbaloi. Aku suka artwork split cd ni.Minimalis. Rasa macam nak framekan buat hiasan rumah. :-) Apa pun tahniah buat DDT dan Always Last kerana anda melawan arus. Bukankah punk itu melawan arus. Buat DDT, teruskan usaha kamu melawan pembodohan daulah dengan cara kamu. 

Sunday, February 17, 2013

Mini Review Lokal Label : Defy - Embrace The Uprising

Ini hasil seni dari Defy - Embrace The Uprising. Box set Malcolm X. Box set ini hadir bersama 1 helai tshirt, 3 keping sticker, 3 keping poster dan satu buku kecil tentang ucapan Malcolm X. Dengan harga RM50.00 aku rasa ini pembelian sangat berbaloi dan aku rasa cukup puas. Untuk sebuah hasil seni, harga itu cukup berpatutan. Aku sedang berkira - kira mahu membubuh frame pada salah satu poster yang aku terima. Mahu  letak di ruang tamu rumah. Kita wajib bangga pada hasil pengkarya tempatan. Malaysia juga punya Obey Giant versi kita sendiri. 

Friday, February 15, 2013

Di Pekan Kecil Ini

Di pekan kecil ini aku tinggal,
Bersama majmuk aku aku bergaul,
Belajar tentang hidup dan terus melawan,
Buat mencari sejahtera yang eternal.
Walhal aku cuma sosok mortal.

Di pekan kecil ini aku berdagang,
Memerhati memahami sifat manusiawi,
Ada curang ada unggul,
Tapi aku sama - sama sabar,
Agar nanti masih bisa bertanya khabar.

Di pekan kecil ini aku tidak pernah seorang,
Di keliling teman - teman yang sentiasa girang,
Yang tidak pernah prejudis tentang siapa aku,
Teman yang sentiasa buka tangan dan dada,
Jauh dari penjajah minda.

Di pekan kecil ini aku sentiasa bahagia,
Bisa tepuk tampar sama keluarga tak kira masa,
Berkejar ke kulon dan berlari ke kidul,
Merai orang tua yang telah banyak berjasa,
Dalam mana membesar aku menjadi manusia.

Di pekan kecil ini aku bertemu jodoh,
Teman yang sentiasa tabah di masa semangatku roboh,
Yang sentiasa bertenang andai aku kadang gelojoh.
Hati tenang melihat senyum pada wajah,
Peneman setia kala jiwa ini gundah.

Moga di pekan kecil ini aku bisa terus melakukan bahagianku sebagai manusia.


"Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan,
 sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan
kasihanilah pada mereka yang tidak" - Anonymous


Nota :
Aku tujukan ini buat isteri, keluarga, teman - teman yang sentiasa ada di masa aku susah dan senang.
Terima kasih kasih kalian buat kejujuran yang selama ini kamu berikan.


Thursday, February 14, 2013

Siri Mengatasnamakan : Cinta

Dengan mengatasnamakan cinta,
Pemodal pungut laba berganda,
Memerah keringat ringgit uda dan dara,
Riang berdekah, layu bersama ros - ros merah.

Rasa malam jiwa berpesta,
Berkecamuk gelora menahan rasa,
Masa terpadam dari konti nostalgia,
Anak ranum pesta gembira.
Dengan mengatasnamakan cinta.

Kelibat serakah mencelah - celah,
Coba - coba lihat apa yang bisa dikangkang jarah,
Untung - untung ada yang terus menyerah,
Dengan mengatasnamakan cinta.

Puing - puing terbang pusing,
Dilantai diskotik pria tewas terbaring,
Gelas gelen berganti tonggang,
Jauh tersasar bertonggang langgang,
Yang hilang tiada ganti bergalang.,

Semuanya dengan mengatasnamakan cinta.

Wednesday, February 6, 2013

Kerja Gila

Dunia ini gila agaknya,
Di laman kampung marhaen lapar derita,
Di panggil penari kuda dibayar berjuta,
Buat jamu mata telinga gembira terkinja,
Konon buat sambut raya cina kata empunya acara.

Dunia ini gila agaknya,
Mahu dibina menara menjulang,
Tinggi nun ke atas menjolok mata,
Sedang di bawah, rumah sakit sempit,
Marhaen sesak menahan derita sakit.

Dunia ini gila agaknya,
Ditabur uang berjuta - juta,
Disurah ceramah buat bantu ibu bapa,
Bila diminta pendidikan percuma,
Pemimpin naik angin membabi buta,
Bilang jangan dibanding dengan lain negara.

Dunia ini gila agaknya,
Bila si waras cuba - cuba menduga,
Si penyangak gila tuding dan kata "Jangan main gila"

Siapa yang gila sebenarnya?

Monday, February 4, 2013

Menara Condong Aku Datang


Tanpa dirancang,tanpa diduga,
Sampai juga aku akhirnya,
Bersama cinta, kedua - dua cinta,

Tak tahu mengapa,
Tapi aku benar - benar tertarik,
Semacam magnet berlawan kutub,

Mungkin pada senibinanya,
Atau pada magis condongnya,
Menara condong aku datang.

27 Januari 2013, Teluk Intan