Sunday, November 20, 2011

Selamat Malam buat Tinggalkan Siang yang Gila.

Sejuk malam mula menggigit,
Mata layu bersama badan lesu,

Kutub khanah ku buka,
Ku belek - belek judul yang tersusun.

Buku diktator menarik mataku,
Lalu ku tarik ke ruang bacaku,

Semakin ku tatap semakin kabur,
Ku cuba gagahin juga, malang...

Mengantuk itu lebih ampuh kesannya.
Hanya bisa hilang andai dapat tidur yang anteng.

Selamat Malam Dunia. (Kala ini mataku udah berat sekali)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kata - Kata dan Fikir - Fikir.

"Tamadun dunia telah dibentuk oleh kuasa modal (Capital). Persaingan mengejar dan menambahkan 'nilai lebihan', atau surplus value (keuntungan) dilakukan melalui penindasan terhadap tenaga kerja (Labour). Segala - galanya berkisar kepada pertimbangan ini hingga menjejaskan segala hubungan dan sifat kemasyarakatan". - Marx

Nota :
Aku kutip kata - kata Marx ini dari buku Panduan Ringkas tentang Marx karya Mike Gonzalez. Aku menung sendirian bila membaca bait - bait ayat ini kerana aku secara langsung bekerja dalam sistem kapitalis dan berniaga. Adakalanya aku dapati sedikit demi sedikit aku hilang pertimbangan dari segi perhubungan dengan masyarakat. Mungkin ada benarnya kata - kata Isham Rais

"sistem kapitalis membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba, dan meransang sifat jahat dalam diri manusia"


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 19, 2011

Ronda Malaya - Sungai Siput (Babak 2)

Aku tiba disini kira - kira jam 3 petang semalam, dan terus ke homestay yang telah disediakan. Tertera di papan tanda homestay itu "For Muslim Only". Barangkali pemilik homestay kurang berkenan pada penginap yang berlainan agama dengannya.
Pada pemerhatian aku, tiada apa yang unik di Sungai Siput ini. Suasana pembangunan disini mirip pekan Batang Berjuntai di Selangor. Proses modenisasi juga amat perlahan pada pengamatanku. Barangkali tuan diktator Samy Vellu lupa untuk menjentik pembangunan semasa beliau menjadi ahli parlimen di sini dahulu. Aku mencari - cari sesuatu yang avant-garde di Sungai Siput, tapi masih belum ketemu.
Malam aku ketemu temanku waktu di sekolah menengah dahulu. Sememangnya aku telah memberitahu awal yang aku bakal ke Sungai Siput minggu ini. Beliau udah 3 tahun berkelana di sini kerna menjadi tenaga kerja buat menyiapkan projek mega Gamuda-MMC Joint Venture iaitu landasan keretapi berkembar (ini adalah projek kurniaan daulah pada puak kapitalis pada zaman Mahathir bertahkta). Kita ketinggalan 10 tahun dalam teknologi ini. Kami berdiskusi di restoran tidak bernama sambil ditemani tikus - tikus berlari riang di lantai restoran (teringat pada cerita animasi Ratatoulie).
Dalam perlaksanaan projek kapitalis yang bertopengkan pembangunan, pasti rakyat biasa dan miskin akan ditinda. Dalam hal pembangunan landasan berkembar ini, banyak tanah - tanah rakyat telah di korbankan atas alasan pembanguna. Puak kapitalis dengan sokongan daulah menggunakan Akta Pengambilan Tanah dalam melakukan kerja rampasan tanah ini. Emang benar mereka ini diberi pampasan, tapi adakah senilai dengan apa yang telah dirampas? Hanya tuan punya tanah dan perampas tanah yang tahu.
Menurut dari cerita temanku ini, kebanyakan yang ditindas dalam hal perampasan tanah ini adalah dari golongan melayu yang tinggal dikampung. Bukan mereka sendiri iatu pemilik yang menilai tanah mereka, tapi sebuah badan penilai yang kononnya di tauliah oleh daulah. Jika murah, murahlah yang mereka terima, jika mahal, mahallah yang mereka terima. Dalam dunia ekonomi kapitalis, bukan kita yang menentukan harga milikan kita, tapi puak kapitalis yang menentukan.
Tapi ada sesuatu yang menarik dalam cerita rampasan tanah ini. Di Sungai Siput ini ada sebuah perkampungan setinggan cina yang telah lama berada disini. Mengikut perancangan awal Gamuda-MMC JV, stesen Sungai Siput akan didirikan disitu. Ini bermakna seluruh tanah dikawasan itu wajib dirampas, rumah - rumah dirobohkan, dan keluarga kehilangan tempat tinngal bagi menjayakan projek itu. Tapi, perkara unik berlaku disini, seluruh penduduk di kawasan itu bangkit menentang usaha rampasan itu dan akhirnya mereka berjaya mempertahankan hak mereka. Salute pada mereka yang berani melawan.
Jika dilihat disini, masyarakat cina lebih berani mempertahankan hak - hak mereka. Menurut cerita temanku, bani melayu(meminjam ayat Isham Rais) biasanya menerima sahaja pampasan yang diberikan. Bila tanah sudah tiada dalam pegangan, maka hebohlah menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api. Menuduh bangsa lain itu dan ini, padahal kesilapan dari diri sendiri. Rambang mata melihat nota - nota kertas ringgit di depan mata.
Dalam hal berkaitan ini, rakyat harus bersatu menentang puak kapitalis yang disokong daulah. Daulah telah mengkhianati kita dan kita tidak seharusnya terus berdiam diri. Kapitalis hari ini telah tersasar jauh.

Nota : Sedang menikmati pagi di temani ribuan bunga teratai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 18, 2011

Ronda Malaya - Sungai Siput (Babak 1)

Perjalanan hari ini berjalan lancar. Cuaca agak panas, membuatkan mata sering terlelap. Perjalanan berhenti sebentar di R & R Tapah. Suasana di sini lebih kurang macam R & R Ayer Keroh. Manusia sangat ramai. Meriah, bagai ada pesta sedang menanti. Mata melihat - lihat kalau ada orang menjual Friege Magnet atau Besi Berani Lemari Es. Tapi malang kerna yang ada cuma lambakan keychain dari karekter burung - burung marah. Barangkali burung - burung marah ini sedang "in mode" masyarakat kita dewasa ini (Waduh, ayatnya udah seperti DBP). Untung kerna beroleh ruang rehat di bawah gazebo ini. Harus meneruskan pengambaraan ini. Moga temu di lain entry.

Nota : Teringin sekali mengembara menunggang super motard. Sambil membayangkan catatan Che dalam The Motorcycle Diaries.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 17, 2011

Rasa Seperti Melayang

Penat ini buat aku jadi diam,
Penat ini buat aku jadi pusing,

Jalan ini yang aku pilih,
Aku redha kerna aku aku pasti,

Aku harus kuat,
Ya, emang aku wajib kuat,
Dalam teroka hidup ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 11, 2011

Minggu Cetak Yang Panjang Bersama Teman Hidup

Isnin, Selasa, Rabu,
Khamis, Jumaat,
Lima hari bergelumang emulsi dan dakwat - dakwat cetak,
Letih...manakan bisa tidak letih,
Tapi aku gembira kerna rezeki tidak putus - putus,
Syukur Ku kepada yang punya kuasa.

Mujur Penguasa mengirimku teman,
Teman ini bukan bidadari kayangan,
Teman ini bukan penyelamat dunia,
Teman ini cuma manusia biasa.
Dijadikan dari tanah seperti aku juga,

Tapi teman ini istimewa,
Aku bisa senyum girang sendirian bila lihat temanku ini,
Lelah letih bisa kabur bila aku dengar riang tawanya,
Aku bisa jadi aku bila aku bersamanya,

Tika aku asyik bersama medium - medium cetakku,
Teman ini sentiasa bersama,
Walau terpaksa berbaring di atas parket - parket kayu,
Teman ini setia menunggu,

Kadangkala kami nyanyi bersama di studio cetakku,
Gurau senda kejar - kejar di studio cetakku,
Adakalanya kami beza pendapat,
Tapi kami tetap gembira bersama..hip hip hooray!
Ayuh lompat bersama. (Agak keterlaluan gembiranya barangkali)
Aku tersenyum sendirian.

Semasa jari - jariku sedang asyik berlari di papan kekunci,
Temanku sudah asyik dibuai mimpi,
Temanku adalah isteriku yang begitu memahami diriku.
Lily Normaya, aku dedikasi *Cerku malam ini buat kamu,
Cerku ini aku sisipkan buat kamu isteri cinta hatiku.

Nota : Cerku - Cerita tentang diriku.

Thursday, November 10, 2011

Dulu dan Sekarang.

Dulu kau kata kau tiada hubungan,
Dulu kau kata jangan pergi ke sana,
Itu dulu..

Sekarang kau diam - diam buat hubungan,
Sekarang kau sembunyi - sembunyi simpan wang,
Itu sekarang..

Dulu kau buta - buta tipu kami,
Dulu kau selalu gula - gulakan kami,
Itu dulu..

Tapi sekarang, mana kau sorok,
mana kau sembunyi pasti ketemu,
Tapi sekarang kau tak bisa bodoh - bodohkan kami,

Kami lawan, kami tentang daulah jahanam!

Nota : Semakin hari semakin benci sama daulah jahat!

Saturday, November 5, 2011

Mentafsir Diri

Siapa yang selayaknya mentafsir diri kita?
Ibu bapa, isteri, adik beradikm, atau teman - teman?

Aku butuh pentafsiran!