Friday, September 23, 2011

Aku Benci Polis Jahat Yang Korup!


Terbaca satu artikel berita di akhbar arus perdana yang dikongkong penguasa, bertajuk "POLIS BERI JAMINAN PERANGI JUDI". Aku tersenyum sinis mengejek. Kerana realitinya di tempat aku sendiri, di mana aku aku tinggal dan bekerja realitinya adalah berbeza sama sekali. Realitinya "POLIS BERI PERLINDUNGAN PADA JUDI". Perkara ini bukan suatu perkara yang ganjil kerna sudah menjadi aktiviti harian bagi polis - polis jahat ini mengutip ufti dari toko - toko judi di tempatku. Pernah sekali semasa aku sedang asyik mengfotokopi dokumen - dokumen pelanggan, aku didatangi pelanggan tetap ku iaitu Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju. Dia bertanya padaku, "belapa gaji lu dapat satu bulan kelija ini kedai?" Aku tersenyum lantas menjawab " Tak de banyak la uncle, cukup makan saja meh". Lantas dia mengajak aku bekerja dengannya sebagai runner nombor ekor. Aku bertanya lagi pada Towkey Nombor Ekor Tidak Berbaju, " Polis nanti tangkap sama saya meh uncle" . Uncle terus gelak besar. Barangkali mengejek diriku yang takutkan polis.



Uncle terus membuka cerita, dan berikut adalah perbualan kami :


Aku : Apa pasal uncle ketawa?


Uncle : Haiya kawan, apa lu takut..itu polis semua saya bayar gaji lorr.


Aku : Gaji?? Apa macam uncle?


Uncle : Lu tau ka satu hali belapa itu polis angkat wang?


Aku : (Mengangkat bahu sambil menggeleng - geleng kepala?


Uncle : Itu polis ha, dia punya makan minum, anak bini semua saya bayar,
           tiap kali itu ladioka datang arr, mesti angkat satu ratus punya. 
           (sambil merujuk tempat - tempat apek bermain *ting tong)


Aku : Itu macam ka uncle..banyak senang keja, angkat wang saja.


Uncle : Ya larr, saya bukan mau cakap la kawan, itu anjing mau wang saja,
           (agak pedih gak aku mendengarnya mengenangkan kebanyakan polis jahat 
            ini seagama denganku)
           Lu tau ka, bila tala main judi, itu polis lagi malah, apa pasat tak main ini hali?


Aku : (Hanya mampu tersenyum malu dengan gelagat polis - polis itu)






Banyak lagi cerita berkaitan polis ni. Satu perkara yang aku masih ingat bila adik aku sendiri kena "pow"
masa balik kerja malam -malam. Alasannya adik aku menghalang tugas polis padahal adik aku complete semua masa tu. RM 11.00 yang dalam dompet adik aku diambil semua. Memang bangsat dan jahanam. Atas alasan yang betul - betul tidak munasabah.

Tapi yang nyata, polis - polis jahat ini betul - betulkan menyusahkan. Mereka lebih suka memberi perlindungan pada towkey judi dan cyber cafe haram. Bila budak - budak lumba haram tiada pula polis berkeliaran menangkap mereka ( Barangkali sedang rehat di kedai tom yam minum free)

Bukan semua polis jahat, itu satu fakta. Tapi polis jahat dan tidak amanah juga ramai, ini satu fakta juga. Dengan uniform itu mereka bisa bertindak sesuka hati mereka. Teringat pada kata seorang penglipur lara pada seorang polis yang korup " Datuk mati nanti saya korek kubur datuk, saya ambil tulang datuk, saya bagi makan anjing". Begitulah bencinya rakyat pada polis jahat yang korup!


Nota kaki : *ting tong - sejenis judi menggunakan duit syiling

Monday, September 19, 2011

Kembali ke Pentas

Bukan mudah untuk meneruskan tomakninah untuk terus menulis. Terkandas buat beberapa minggu kerna untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunda dan meraikan apa yang perlu diraikan. Bukan meraikan cinta, tapi meraikan kehidupan yang penuh warna gula - gula.

Masih lagi dalam cabaran mencari diri. Meneruskan cabaran dengan sumber - sumber baru. Setiap hari satu notasi - notasi baru di kutip dari pemerhatian kehidupan. Beberapa minggu fikiran menjadi tepu kerna perayaan. Barangkali kerna belum cukup tegar.

Pentas itu sudah kembali. Menerima notasi - notasi yang bakal merentas norma. Jemari ini harus terus berlari agar notasi bisa dikongsi. Salam revolusi.